PUSAT TARBIYAH KUALA NERUS

PUSAT TARBIYAH KUALA NERUS
Memohon derma dan sumbangan dari orang ramai untuk menyiapkan sebuah bangunan Pusat Tarbiyah

15 Jun 2012

Himpunan Hijau - PGU 4.0 Peringkat Negeri Terengganu

KUALA TERENGGANU – Pesuruhjaya PAS Terengganu, Haji Mohd Abdul Wahid Endut berkata PAS Terengganu meneruskan usaha untuk mengembalikan semula pemerintahan PAS di Terengganu dengan menganjurkan program berprestij Himpunan Rakyat PAS Ganti Umno (PGU 4.0) kali yang keempat.

Menurutnya, himpunan PGU 4.0 akan diadakan di Kg Batu 10, Padang Mengkuang, Bukit Payung, Marang.

“PGU (kali ke-4) kita pada 29 dan 30 di Batu 10, Padang Mengkuang dekat Taman Safiah Murni, Jalan Kuala Berang,” ujarnya kepada pihak media selepas program Himpun dan Ingat di perkarangan Stadium Sultan Mizan yang runtuh bumbungnya pada 8 Jun lalu. 

[Gambar - Majlis Perasmian PGU kali ketiga yang diadakan di Pantai Pandak, Chendering, Kuala Terengganu pada Oktober tahun lalu] 

Sehubungan itu, Penolong Setiausaha PAS Terengganu, Ustaz Zakaria Dagang berkata, PAS meletakkan sasaran menghimpunkan sekurang-kuragnya 50,000 orang petugas pilihan raya di kalangan ahli dan penyokong pada program selama satu hari dua malam itu.


Beliau yang juga Ketua Urusetia program tersebut berkata, program PGU disesuaikan dengan Himpunan Hijau Ke Putrajaya peringkat negeri-negeri dan dinamakan dengan Himpunan Hijau – Pas Ganti Umno Kali Ke-4 (PGU 4.0). 

“Insya' Allah, kita sesuaikan dengan Himpunan Hijau ke Putrajaya yang dilacarkan di Stadium Darul Aman pada 1 Jun lalu, PAS Terengganu akan mengadakan Himpunan Hijau – Pas Ganti Umno Kali Ke-4 (PGU 4.0). 

“Kita sasarkan penyertaan seramai 50,000 ahli dan penyokong PAS hadir dalam program tersebut dalam persiapan menghadapi pilihan raya umum yang akan diadakan pada bila-bila masa,” ujarnya. 

Beliau yang juga Ketua Urusetia Program itu berkata demikian ketika ditemui selepas mesyuarat Urusetia yang diadakan di Pejabat PAS Terengganu, Taman Seri Intan, di sini hari ini 14 Jun. 

Sumber: Buletinonline

Tiada ulasan: