PUSAT TARBIYAH KUALA NERUS

PUSAT TARBIYAH KUALA NERUS
Memohon derma dan sumbangan dari orang ramai untuk menyiapkan sebuah bangunan Pusat Tarbiyah

28 November 2012

PR mampu pimpin negara

KUALA TERENGGANU - Pimpinan Pakatan Rakyat (PR) diakui mempunyai kewibawaan memimpin Malaysia dan mampu menentukan hala tuju yang baik untuk masa depan negara ini.

Penolong Setiausaha PAS Negeri Terengganu, Zakaria Dagang berkata, perkara tersebut tanpa disedari turut diakui sendiri mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang sebelum ini menyebut Pengerusi DAP, Karpal Singh dan juga Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang sebagai calon Perdana Menteri.

Walaupun nama Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim hanya disebut Mahathir dari sudut perbandingan, Zakaria berkata, ia berkemungkinan wujudnya masalah antara Mahathir dan Anwar.

"Apabila Mahathir sebut nama pemimpin PR berkenaan untuk menjadi Perdana Menteri, ia menggambarkan seolah-olah beliau yakin orang inilah yang mampu menerajui pentadbiran negara, cuma beliau tidak sebut Anwar kerana ada masalah dengannya.

"Keadaan ini secara tidak langsung menunjukkan bahawa Barisan Nasional (BN) mungkin tidak berjaya pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13)," katanya kepada Sinar Harian, di sini.

Mahathir sebelum ini menyifatkan Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang lebih layak menjadi Perdana Menteri, berbanding Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Sebelumnya, Mahathir turut mencadangkan Karpal Singh dipertimbangkan untuk dilantik menjadi Perdana Menteri jika Pakatan menang PRU-13.

Sementara itu, Zakaria yang juga Setiausaha PAS Kawasan Kuala Nerus menafikan perbezaan pendapat berhubung calon Perdana Menteri PR sebagai tidak wujud kesepaduan dalam pembangkang.

Beliau juga menolak pandangan segelintir pihak bahawa wujud unsur perebutan jawatan tersebut dalam kepimpinan PR sambil menegaskan pihaknya lebih kenal pemimpin sendiri berbanding orang luar.

"Sudah tentu sebagai ahli parti, kita akan menyokong ketua kita dan tidak timbul soal perebutan kerana Presiden bukannya melobi diri sendiri untuk menjadi Perdana Menteri.

"Apa yang diucapkan oleh Presiden dalam muktamar baru-baru ini jelas bahawa beliau rela mati jika Islam menang. Jadi tidak timbul soal nak berebut, masing-masing ada pandangan masing-masing," katanya.

Sumber: Sinar Harian.

2 ulasan:

Unknown berkata...

Sila pautan pertukaran dengan saya http://joezuax.blogspot.com/

Unknown berkata...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

Oh ya, di sana anda bisa dengan bebas mendowload music, foto-foto, video dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)