PUSAT TARBIYAH KUALA NERUS

PUSAT TARBIYAH KUALA NERUS
Memohon derma dan sumbangan dari orang ramai untuk menyiapkan sebuah bangunan Pusat Tarbiyah

18 Julai 2008

Surau Baru Teluk Ketapang Pantai


SEBUAH surau baru sedang dalam pembinaan di Kampung Teluk Ketapang Pantai bagi menggantikan surau lama yang tidak dapat lagi menampung jamaah kerana kawasannya yang agak sempit.

Surau tersebut dibina di atas tapak tanah yang diwakafkan dan kerja-kerja pembinaannya telah mula dijalankan hampir sebulan yang lalu. Setakat ini kemajuannya telah mencapai lebih 30%. Kos pembinaannya pula dianggarkan sebanyak RM100,000.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pembinaan surau tersebut, Haji Mamat Jusoh, setakat ini pihak jawatankuasa telah menerima sumbangan-sumbangan dari orang ramai berupa wang tunai atau bahan binaan.

"Masih banyak lagi sumbangan yang kita perlukan bagi menyiapkan surau tersebut dengan lengkap yang nantinya akan memberi keselesaan beribadat kepada penduduk setempat," tambah beliau.

Sebagaimana surau yang ada sekarang, surau baru ini akan menjadi pusat aktiviti bagi penduduk di sekitar kawasan pantai Teluk Ketapang ini, seperti kuliah-kuliah, kelas pengajian al-Quran dan Fardhu 'Ain serta lain-lain aktiviti.

Sesiapa yang berhajat untuk memberikan sumbangan sebagai amal jariah, bolehlah menghubungi jawatankuasa berkenaan.

Tiada ulasan: