PUSAT TARBIYAH KUALA NERUS

PUSAT TARBIYAH KUALA NERUS
Memohon derma dan sumbangan dari orang ramai untuk menyiapkan sebuah bangunan Pusat Tarbiyah

30 April 2009

Kemaskini Lajnah PAS Kuala Nerus

KUALA NERUS: PAS Kawasan Kuala Nerus telah membuat sedikit pindaan bagi mengemaskini pentadbirannya dengan pertukaran ketua lajnah dan perlantikan lajnah atau jawatankuasa baru. Keputusan tersebut telah dicapai dalam mesyuarat khas PAS Kawasan yang diadakan di Pejabat PAS Kawasan di sini malam tadi.

Ketua Lajnah Tarbiyah dan Perkaderan yang sebelum ini dipegang oleh Cikgu M. Shukrimun Shamsudin diserahkan kepada Ustaz Ismail Mamat. Cikgu Shukrimun mengambil alih semula Lajnah Pembangunan dari Ahmad Zaini Deraman.

Ustaz Ismail Che Dagang dilantik mempengerusikan Jawatankuasa Infaq. Pada sesi lalu, jawatankuasa ini dipengerusikan oleh Dato' Dr Abdullah @ Abas Abu Bakar.

Kedudukan penuh terkini lajnah-lajnah PAS Kawasan Kuala Nerus adalah seperti berikut:-
  1. Lajnah Politik dan Pilihan Raya - Ustaz Abu Bakar Abdullah

  2. Lajnah Pembangunan - Cikgu M. Shukrimun Shamsudin

  3. Lajnah Memperkasakan Parti - Dr Alias Razak

  4. Lajnah Tarbiyah dan Perkaderan - Ustaz Ismail Mamat

  5. Lajnah Pengurusan dan Pentadbiran - Tuan Chik Tuan Muda

  6. Lajnah Penerangan dan IT - Zakaria Dagang

  7. Lajnah Ekonomi dan Hal Ehwal Pengguna - Mustafa Ismail

  8. Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan - Syed Ibrahim Syed Husin

  9. Lajnah Pertanian dan Koperasi - Wan Mukhtar Wan Ali

  10. Lajnah JKS dan NGO - Ustaz Awang Embong

  11. Lajnah Hubungan Antara Kaum - Cikgu Wan Shafi'i Wan Salleh

  12. Jawatankuasa Infaq - Ustaz Ismail Che Dagang

Sementara itu, PAS Kawasan juga bersetuju untuk mengadakan Sambutan Jubli Emas PAS Kawasan Kuala Nerus pada 3 Oktober 2009.

Tiada ulasan: