KUALA NERUS: Di zaman hilangnya pemerintahan Islam, penubuhan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) pada tahun 1951 adalah menunaikan tuntutan amar ma'ruf dan nahi munkar, hasil daripada muzakarah para ulama’ dan cendekiawan Islam dari seluruh negara. Mereka menubuhkan PAS, dan kita menyambung kerja-kerja yang dilakukan oleh mereka yang terdahulu daripada kita.
Demikian dinyatakan oleh Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Haji Awang semasa berucap dalam Majlis Hi-Tea yang dianjurkan oleh Dewan Muslimat PAS Kawasan Kuala Nerus di sebuah restoran dekat sini hari ini.
"Alhamdulillah, Allah telah menunjukkan kejayaan yang besar dari semasa ke semasa, bukan sahaja pencapaian yang dicapai oleh PAS dan kumpulan Islam yang berjuang di seluruh dunia, bahkan dalam masa yang sama Allah menunjukkan kemusnahan manusia yang tidak mengikut hukum Allah," tambah beliau.
Apa yang berlaku kata beliau adalah tanda-tanda dan fajar yang menyingsing, Islam kembali semula untuk memimpin dunia. Kita bukan sahaja melihat kegagalan agama-agama lain yang bukan Islam, kegagalan ideologi-ideologi ciptaan manusia, bahkan keruntuhan negara yang menjadi kuasa besar dunia yang mendokong ideologi-ideologi itu di abad yang lalu, seperti kemusnahan Soviet Union di abad ini.
Katanya, kita juga melihat tanda-tanda kemusnahan Amerika Syarikat yang menjadi kuasa besar dunia yang bermula dengan krisis ekonomi. Krisis ekonomi adalah berpunca daripada kemungkaran itu apabila manusia tidak serik dan tidak sedar dengan kemusnahan-kemusnahan dari kemungkaran yang lain, seperti banyaknya maksiat dan jenayah, apabila hukum Allah yang mencegah kemungkaran dan menyuruh yang baik tidak dilaksanakan. Manusia masih tidak sedar, akhirnya Allah menurunkan krisis ekonomi yang melanda dunia.
"Apa yang perlu menjadi iktibar dan pengajaran yang menarik bagi kita ialah Allah menetapkan hukuman qisas dan hukuman hudud terhadap maksiat-maksiat dan dosa-dosa yang besar. Tetapi kesalahan ekonomi berkait dengan riba, Allah tidak menetapkan hukum qisas dan hudud, cuma Allah memberi amaran yang keras seperti perisytiharan perang dari Allah dan Rasul-Nya.
"Apakah serangan dari Allah dan Rasul? Manusia tidak nampak melainkan berlakunya krisis ekonomi yang meruntuhkan kuasa besar dunia yang menakutkan pemimpin-pemimpin dunia pada hari ini yang tempiasnya akan melanda pemimpin seluruh dunia," tegas Tuan Guru.
Katanya, apa yang berlaku menandakan benarnya Islam dan menambahkan keyakinan kita. Oleh sebab itu kita mesti bekerja bersungguh-sungguh untuk menjayakan kerja kita sehingga Islam dapat ditegakkan di negara kita.
Tuan Guru turut menyatakan bahawa kejayaan yang paling menarik ialah kita bukan sahaja berjaya menyatukan kumpulan-kumpulan Islam, yang bersama dengan PAS walaupun mereka mempunyai pandangan dan pendekatan yang berbeza dengan kita, tetapi dalam masalah politik, mereka menerima PAS sebagai wadah perjuangan untuk mendirikan sebuah pemerintahan. Dalam masa yang sama kita berjaya memecahkan tembok yang memisahkan kita dengan orang-orang yang bukan Islam.
"Yang pertama apabila orang-orang yang bukan Islam menyatakan kesediaan untuk menyertai PAS sehingga kita menubuhkan Kelab Penyokong PAS. Mereka yang menjadi ahli kelab ini menyatakan mereka menerima pemerintahan Islam, walaupun ada yang mengatakan mereka masuk kerana oppurtunis, kerana marah dan kerana macam-macam,"tambah beiau.
Tuan Guru juga turut menyarankan supaya meningkatkan kerja dalam segala bidang, bukan sahaja dalam bidang politik, tetapi juga bidang-bidang kebajikan, pelajaran yang memerlukan tenaga yang banyak dan sumbangan kewangan yang banyak. Apa yang penting ialah kita dapat menyumbang sekadar kemampuan kita dengan hati yang ikhlas serta yakin Allah kepada penyumbang fi sabilillah.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan