PUSAT TARBIYAH KUALA NERUS

PUSAT TARBIYAH KUALA NERUS
Memohon derma dan sumbangan dari orang ramai untuk menyiapkan sebuah bangunan Pusat Tarbiyah

27 April 2009

Sudah setengah abad umurku!

Tarikh 23 Oktober 1960, jam 10 malam, tercatat dalam Keterangan Beranak (nama asal) atau sekarang disebut sebagai Sijil Kelahiran saya sebagai tarikh saya dilahirkan ke dunia ini. Saya cuba mencari tarikh hijri yang bersamaan dengan tarikh itu. Tarikhnya ialah 2 Jamadil-Awwal 1380. Oleh kerana waktu kelahiran saya ialah malam, bererti tarikh sebenar saya dilahirkan ialah 3 Jamadil-Awwal 1380.

Jam 10.00 malam ini genap umur saya lima puluh (50) tahun mengikuti kiraan tahun hijrah. Rupanya saya sudah menikmati hidup di bumi Allah ini selama setengah abad. Maka terasa juga bahawa "Aku sudah tua."

Ada orang berkata bahawa kehidupan ini bermula pada umur 40 tahun. Bagiku ia sudah 10 tahun berlalu. Umur itu dikira sebagai umur matang bagi seseorang manusia. Nabi Muhammad SAW dilantik menjadi rasul ketika berumur 40 tahun. Umur 40 tahun juga umur akhir bagi seorang yang digelar "pemuda".

Lima puluh tahun lalu, saya dilahirkan dari perut ibu saya yang tercinta, Ramlah binti Muda di sebuah rumah di Kampung Kelantan (sebuah kampung kecil di Kampung Batin), Seberang Takir, Kuala Terengganu.

Saya merupakan anak sulung dari sebelah ibu saya dan anak ketujuh dari sebelah bapa saya Almarhum Dagang bin Ibrahim.
Saya sangat bersyukur kerana dilahirkan dari kedua ibu bapa yang solih dan solihah dan berpegang kuat pada agama. Dari kecil saya diberikan sepenuh kasih sayang oleh kedua orang tua saya, sekaligus didikan dan asuhan yang berasaskan agama.

Ayah sangat tegas dalam mendidik saya dan adik-adik. Ketegasannya itulah yang telah membentuk saya adik beradik dengan akhlak yang mulia. Begitu juga emak yang membesarkan kami dengan penuh kasih sayang. Kami berbangga dengan emak dan ayah yang berjaya membentuk anak-anaknya sebagaimana yang ada pada hari ini. Alhamdulillah.
Semoga usia sepanjang tempoh itu penuh dengan keberkatan dan rahmat Allah.

8 ulasan:

Nafastari berkata...

Selamat hari ulang tahun. Semoga Tuhan memberi rahmat dan berkat untuk anda dan keluarga.

adi berkata...

orang kampong amber la nih..

Tanpa Nama berkata...

Seberang Takir kat mana?

HaresTakeery berkata...

sanah helwah ke-50 ya abuya! ares doakan ayoh istiqomah lam jihad IqomatuDdin Wa SiyasatuDdunia Bih..AllohuAkbar! doakan kejayaan ares di bumi Anbiya' ni. semoge ayoh bbahagia bsame mok & anok2 tcinte serta dikasihi Alloh, RosulNye, & manusia seluruhnye..ameen ya Robb!

mat berkata...

Moga diberkati ALLAH

Ibnu Gharib berkata...

Kepada Hares: Terima kasih anakku atas doamu itu. Moga dikabulkan Allah. Ameen!!!

Kepada Mat: Juga terima kasih atas doa sdra.

kedai buloh besor kali berkata...

Hampir 30 tahun yang lampau seorang anak muda drp Kg Batin telah meletakkan jawatan sbg kakitangan awam semata-mata untuk bergiat sepenuh masa didalam jemaah Islam .Ramai orang tertanya-tanya apakah yang bermain didalam fikiran anak muda ini hingga sanggup melepaskan jawatan bergaji tetap sedangkan pada masa itu pemuda2 lain bertungkus lumus mencari pekerjaan.
Kini anak muda tersebut telah berusia 50 tahun dan masih istiqomah bersemangat dan cekal dalam jemaah Islam.Satu pengorbanan yg cukup besar yg tidak mampu dilakukan oleh anak muda lain.Itulah Ustaz Ya yang aku kenali...

ehsas berkata...

sanah helwah ustaz...semoga amalan seiring usia..barakallah