PUSAT TARBIYAH KUALA NERUS

PUSAT TARBIYAH KUALA NERUS
Memohon derma dan sumbangan dari orang ramai untuk menyiapkan sebuah bangunan Pusat Tarbiyah

04 Mei 2009

Perlantikan baru MTD Seberang Takir

KUALA NERUS: Majlis Tindakan DUN (MTD) Seberang Takir telah mengadakan Mesyuarat Pembentukan Jawatankuasa bagi Sesi 2009/2011 di sini malam tadi. Tidak banyak perubahan yang dibuat dalam kepimpinan baru ini, cuma beberapa pengubahsuaian dilakukan di kalangan ahli jawatankuasa dalam memegang portfolio-portfolio berkenaan.

Zakaria Dagang telah dilantik oleh PAS Kawasan Kuala Nerus sebagai Pengarah MTD. Jawatan-jawatan lain yang dibuat perlantikan oleh MTD dalam mesyuaratnya ialah Timbalan Pengarah 1 diamanahkan kepada Roslan Abdullah, Timbalan Pengarah 2 Dato' Dr Abdullah @ Abas Abu Bakar, Timbalan Pengarah 3 Mohd Fadhil Wahab dan Timbalan Pengarah 4 Hajah Shamsiah Zakaria.

Jawatan-jawatan yang kekal dipegang oleh penyandang asal ialah Setiausaha (Pauzai Husain), Penolong Setiausaha (Khairul Aswani Abd Rahman), Bendahari (Mohd Nordin Mahmood) dan Ketua Penerangan (Haji Zaki Sheikh Ma'atok).

Ketua-Ketua Portfolio lain ialah Mohd Azmi Tahir (Bilik Gerakan), Razali Ibrahim (Urusan Pemilih), Khairul Aswani Abd Rahman (Penculaan), Yusof Abu Bakar (Unit Usrah), Yusoff Abd Rahman (Pengundi Luar dan Pos), Azman Mohd Salleh (Keselamatan), Abdullah Salleh (Urusan Ulama' dan Al-Mala'), Sapian Chik (JKS dan NGO), Azman Abdullah (Hubungan Antara Kaum), Wan Abd Halim Wan Long (PACA), Hamidi Jusoh (Urusan Pengundi Muda), Mohd Nordin Mahmood (Penyelidikan dan Gerak Saraf).

Azahar Sulong (Peralatan Pilihan Raya), Aziz Ibrahim (Perbekalan), Ramli Muhammad (Pengangkutan), Roslan Abdullah (Kebajikan dan Kemasyarakatan), Jamaliah Abdullah (Bilik Gerakan Halwa), Fadhilah Mohamad (Penerangan Halwa), Meriam Adam (Urusan Pengundi Halwa), Hajah Zainah Abu Bakar (Kemasyarakatan Halwa) dan Khamisah Mohammed (Remaja Halwa).

Selain itu seramai 15 orang lagi turut dilantik menganggotai MTD. Mereka terdiri daripada Ketua-Ketua dan Setiausaha-Setiausaha MTD Pemuda, MTD Muslimat, UPU-UPU dan Cawangan-Cawangan dalam DUN Seberang Takir.

2 ulasan:

kedai buloh besor kali berkata...

Kita berharap para pengundi DUN Seberang Takir akan mematah-matahkan dacing pada PRU ke 13 nanti. Takbir!!!

Cucu Dagang (CD) berkata...

Pengundi2 N 11 Sbrg Takir memang nak patah2kan dah dacing pada PRU 12 dulu, tapi nak buat macam mana bulan sabit yg bertarung, kalau tidak dah lama bulan tergedik di Hujung Tanjung nu selepas berjaya 'menakir' dacing..