PUSAT TARBIYAH KUALA NERUS

PUSAT TARBIYAH KUALA NERUS
Memohon derma dan sumbangan dari orang ramai untuk menyiapkan sebuah bangunan Pusat Tarbiyah

16 Jun 2009

Kabinet baru PAS Terengganu


Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu yang mengadakan mesyuarat pertamanya hari ini telah membentuk kabinet barunya bagi sesi 2009-2011. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Pesuruhjaya baru, Dato' Harun Taib telah melantik Dato' Abu Bakar Chik, Haji Mohd Abdul Wahid Endut dan Ustaz Saiful Bahri Mamat sebagai Timbalan-Timbalan Pesuruhjaya. Dato' Abu Bakar Chik adalah Timbalan Pesuruhjaya sesi lalu, manakala Haji Mohd Abdul Wahid dan Ustaz Saiful adalah muka baru yang dilantik ke jawatan itu.

Haji Yahaya Ali kekal sebagai Setiausaha. Sementara Ketua Penerangan sesi lalu, Haji Muhyidin Abdul Rashid dilantik sebagai Bendahari menggantikan tempat Haji Mohd Abdul Wahid. Ketua Penerangan pula diamanahkan kepada Ustaz Nik Muhammad Zawawi Salleh. Ustaz Ariffin Deraman pula dilantik sebagai Pengarah Pilihan Raya menggantikan tempat Haji Yahaya pada sesi lalu.

Turut dilantik ialah tiga orang Penolong Setiausaha yang terdiri daripada Ustaz Kamarudin Yunus, Haji Hanafiah Ramli dan Perantau.

Sementara itu, Ahli Jawatankuasa tambahan yang dilantik ialah Ustaz Mohd Harun Jusoh, Haji Abdul Haris Abd Malik, Ustaz Azman Shapawi Abdul Rani, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, Haji Hussin Ismail, Hajah Zarani Othman dan To' Puan Hajah Fatimah Ibrahim.

Anggota-anggota lain adalah terdiri daripada Ketua-Ketua dan Setiausaha-Setiausaha Dewan Ulama', Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat negeri serta Yang Dipertua dan Setiausaha PAS Kawasan-Kawasan.

11 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Jawatan dah di dipegang.. sekarang apakah peranan pas dalam mengatasi gejala sosial & keruntuhan akhlak remaja di Terengganu? poltik sokmo dok rok bos...

wak berkata...

"Jawatan dah di dipegang.. sekarang apakah peranan dalam mengatasi gejala sosial & keruntuhan akhlak remaja ?"

1.Soalan ini tak tanya kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri(menteri agama) ke?
2.Soalan ini tak tanya kepada Timbalan Menteri diJabatan Perdana Menteri ke?
Bukankah mereka itu orang berkelulusan agama,memerintah dan ada power lagi.
3.Soalan ini tak tanya kepada pemuda umno ke?
4. Soalan ini tak tanya kepada puteri dan wanita umno ke?
Bukankah mereka itu golongan memerintah.
Pangkat besar dan gaji besar dari duit rakyat, dok goyang kaki saja ke?Tentera ada dgn mereka,polis ada dgn mereka.
Ngapa dok sebok tanya orang yang tak ada kuasa nii,fikiran dah buntu ke?
Wahai Tanpa Nama yang ilmunya penuh didada!

Tanpa Nama berkata...

..sekadar peringatan dan buat la kerja pd tahap yg mampu..tarbiyah ahli,ajk bagi betul dulu dlm msyarakat mnjadi contoh,dok sibuk politik bnyak benda yg boleh d buat di pinggir sbb utama kerja politik..

Tanpa Nama berkata...

wak wak.. kita semua bertanggunjawab wak... takkanlah kita ni nak ceramah kata kat orang je wak? tunding jari kat orang je?

hadis..
Dua golongan dari umatku yang tidak punya bagian dalam Islam adalah kaum Jabariyah dan kaum Kadariyah. (HR. Ahmad)

Tanpa Nama berkata...

lau kata saya barua pun tak apa.. allah maha kaya..

Golok bong berkata...

Allah memang maha kaya,dia hantar kita kedunia ini sebagai khalifah untuk menegakkan hukum Allah.Bukan menjadi barua mempertahankan undang-undang penjajah.Berapa sen dapat upah? Ilmu saja penuh di dada ,fikiran macam budak tadika...cit... Tanpa Nama awak balek tidur lah di sinun!!!

wak berkata...

Rupa-rupanya Tanpa Nama ini lebih dari satu orang.
Wahai Tanpa Nama yang ilmunya penuh didada...
Saya sangat setuju dengan saranan Golok bong seperti dibawah ini.,

Golok bong berkata...

"To Tanpa Nama
Lain kali gunalah nickname yang khusus,barulah orang tau perutpedal kita.Jangan pandai lempar batu sembunyi tangan."


Memang betul kata Golok bong,
jangan lah ikut perangai burung unta,kepala menyorok dalam semak tapi bontot tertonggeng depan mata orang.
Tanpa Nama yang ilmunya penuh didada takkanlah ikut perangai burung unta kot.Geli rasa telinga...

Tanpa Nama berkata...

kita cakap je nak tegak hukum allah tapi perangai jauh menyimpan... akhlak tu yang penting... termasuklah bila bercakap.. tapi kebanyakkan orang memang macam ni.. nak dakwah orang macamana lau gini.. akhlak nabi macam ni ke?

Al-Quran :
Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk Neraka Jahannam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai.
(Surah Al-A'raaf> Ayat 179)

Tanpa Nama berkata...

jangan kerana perangai atau akhlak kita orang kafir memandang islam itu tidak elok...
Al Hadis..
Tidaklah seharusnya orang menyuruh yang ma'ruf dan mencegah yang mungkar kecuali memiliki tiga sifat, yakni lemah-lembut dalam menyuruh dan dalam melarang (mencegah), mengerti apa yang harus dilarang dan adil terhadap apa yang harus dilarang. (HR. Ad-Dailami)

Mat Jeng berkata...

Berapa belas orang sebenarnya "Tanpa Nama" yang memberi komen dalam blog ini.Kumpulan penyamar bersiri ke nii. Apa cerita nii takut sangat nak memberi nickname untuk diri sendiri. Hayyaaa macam-macam ooo...

Ikan Bilis berkata...

Entahlah, nak bercakap sangat tapi takut nak kenalkan diri.Tengok macam saya ni, takut nak memberi komen pandai-pandailah duduk diam.Tak payah menyorok...