PUSAT TARBIYAH KUALA NERUS

PUSAT TARBIYAH KUALA NERUS
Memohon derma dan sumbangan dari orang ramai untuk menyiapkan sebuah bangunan Pusat Tarbiyah

24 Jun 2009

Kenapa JHEAT jadi jahat?

Pada 21 hingga 23 Jun lalu, Majlis Amanah Rakyat (MARA) dengan kerjasama Sabasun Hyperuncit telah menganjurkan Karnival Jualan Mega '09 di Tempat Letak Kereta Sabasun, Kuala Terengganu.

Program itu telah disertai oleh pengusaha-pengusaha bumiputera dengan mempamerkan produk masing-masing untuk jualan. Di samping itu beberapa acara turut disusun bagi memeriahkan program tersebut.

Antaranya ialah Forum Perdana dengan tajuk Muamalah Dalam Islam yang membariskan ahli panel yang terdiri daripada Sahibul-Fadhilah Timbalan Mufti Kerajaan Terengganu, Ustaz Abdul Halim Awang bersama Pendakwah Bebas, Ustaz Azhar Idrus dan dipengerusikan oleh Ustaz Berhanundin Abdullah, pensyarah Universiti Darul Iman Malaysia (UDM) Kampus KUSZA.

Pihak MARA sebagai penganjur utama telah menghantar surat kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) memohon kerjasama agar dibuat hebahan mengenai forum itu di masjid-masid di bawah pentadbirannya.


Mengikut maklumat yang diberi oleh sumber dari Sabasun sendiri, Pesuruhjaya JHEAT, Dato' Shaikh Harun Shaikh Ismail telah menghubungi Pengarah MARA dan marah-marah kepada beliau kerana menjemput dua orang yang baginya mungkin disenaraihitamkan iaitu Ustaz Azhar dan Ustaz Berhanundin. Shaikh Harun meminta supaya kedua-dua nama itu dikeluarkan dari senarai ahli panel.


Oleh kerana majlis forum itu bukan berbentuk politik, di mana tajuknya membincangkan berhubung muamalah termasuk perkara halal dan haram terutama dalam soal makan minum, maka pihak penganjur bertegas untuk tidak mengubahnya, bahkan meneruskan rancangan asalnya.


Beberapa hari selepas itu pihak penganjur menerima surat dari Timbalan Mufti yang memaklumkan tidak dapat hadir ke majlis forum itu kerana terlibat dengan program lain, pada hal sebelum ini telah mengesahkan penyertaannya. Penganjur percaya beliau (Timbalan Mufti) menerima tekanan dari Pesuruhjaya JHEAT.


Akhirnya, majlis itu dapat dilangsungkan dan berjalan lancar dengan mendapat sambutan yang menggalakkan dari masyarakat yang cintakan agama di sekitar Kuala Terengganu ini. Ustaz Abu Bakar Salleh telah menggantikan Timbalan Mufti sebagai ahli panel.


Inilah salah satu gambaran 'peranan' JHEAT yang menjaga agama di negeri Terengganu ini. Apakah ini salah satu cara untuk memelihara kesucian agama yang menjadi fungsi kepada JHEAT ini? Mereka akan berusaha untuk menyekat apa-apa program yang dilihat tidak memberi keuntungan kepada 'agama' mereka.


Dalam masa yang sama mereka membiarkan program-program maksiat yang semakin berleluasa di negeri ini. Mungkin itu bukan tugas mereka atau program-program itu tidak mengganggu 'agama' mereka. Nampak sangat double standard mereka dalam bertindak.


Inilah antara punca orang tidak hormat kepada JHEAT sebagai sebuah institusi agama dalam negeri ini. Kewibawaannya jelas tercalar berpunca dari tindakan-tindakan yang tidak bertamadun yang dilakukan mereka terutamanya oleh Pesuruhjayanya sendiri yang sudah 'terkenal' sebelum ini dengan kelicikannya.


Jangan sampai nanti orang melabelkan JHEAT sebagai JAHAT...

11 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Pas lagi teruk... takut tekanan dari orang kafir macam nik aziz takut ke karpal sing dan lim kit siang tu.. ke gane? tulis tu pikir la atek..

ikan bilis berkata...

Kalau awak "Tanpa Nama" nii berani,mengapa beri ulasan tanpa nama .Jenis haprak apa awak nii.

Tanpa Nama berkata...

apa ada pada nama? makhluk Allah.. sama macam awk... ni memang orang PAS
kalau panggil orang ikut suka gini.. boleh kenal lalu... nak berjuang islam ke gini???

Abdullah Haris Zakaria at-Takeeriy berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Abdullah Haris Zakaria at-Takeeriy berkata...

>> Tanpa Nama

doh kalu x dop faedoh pade name..bkpe ayoh mu wi gop name ke mu mase baby2 dulu? ke saje2? x sabboh mu lebih tau drp ayoh mu sdiri. blajor la mhargai org..ksian ke mu. insaf la..atas dunia bleh ckp sedap, depan tuhan kekgi..baru mu tau langit tu tinggi ke rendoh..baru mu tau neraka tu panas ke sejuk.

aku bcakap ni, bkn sbb aku yakin masuk syurga, tapi sbb aku nok masuk syurga bsame2 dgn mu..nok masuk same2 lam syurga..tu la matlamat dakwah. semoga Alloh beri hidayah & taufiq kpd mu..ameen

Wan berkata...

slm...ust Ya, nk mitok izin nk wi pandangan ke tanpa nama boleh...

kpd tanpa nama: saudara/i ,kalaupun awk x syg lidah,sekurang2nye kesian la ke badan.jgn kerana keceluparan lidah bercakap nti satu badan rasa panas api neraka,nauzubillah...
bercakap biar ada bukti,sekecik mana pun benda jahat hk kita kata atas dunia, Allah kira...
moga dpt hidayah...

Golok bong berkata...

Haprak tu Super Boss awak lah (Tanpa Nama) yang rekacipta .Kenapanya Boss awk,chekdettt sorang ke boleh guna.Orang lain tak boleh...

Tanpa Nama berkata...

lau dia bedosa kita nak ikut berdosa jgak ke? kita kena timbang dengan akal la... dengan agama.. dengan iman... barula kita orang islam... ni ngaku saje islam...

Nafastari berkata...

Ibnugharib, ini adalah satu catatan yang sangat bagus dan ianya sangat mudah difahami jika kita ikhlas membaca dan mentafsirnya. Kita mengkritik bukan kerana benci tetapi kerana sayang dan ingin melihat mereka melakukannya dengan lebih baik di masa hadapan. Kita kelihatan lebih bijak jika kita sentiasa rasional, logikal dan berpegang pada prinsip-prinsip kebenaran.

Orang yang berminda sempit dan kurang membaca ada di mana-mana, tapi jangan berhenti menulis kerana mereka. Terus menulis, saya tidak akan berhenti membaca.

abu muaz berkata...

Ustaz Azhar ceramah ni sorang diri tak apa. Nak banding dgn Pesuruhjaya Agama Sheikh Harun jauh panggang dari api. Ceramah pun terketar-ketar .......

Tanpa Nama berkata...

ustaz tidak marah ke orang ustaz cakap tak ikut agama? ustaz dapat saham jugak tu...