PUSAT TARBIYAH KUALA NERUS

PUSAT TARBIYAH KUALA NERUS
Memohon derma dan sumbangan dari orang ramai untuk menyiapkan sebuah bangunan Pusat Tarbiyah

13 Jun 2009

Kesan positif dan negatif dari stadium runtuh

Sudah hampir dua minggu berlalu kejadian runtuhnya Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak, Kuala Terengganu. Pelbagai cerita sudah didengar ekoran dari kejadian malang itu.

Dalam banyak pihak memperkatakan tentang kesan negatifnya, sebenarnya terdapat juga kesan positif yang membawa keuntungan kepada pihak-pihak tertentu termasuk kerajaan dan rakyat Terengganu sendiri.

Bila berlaku kejadian yang tidak disangka-sangka itu yang memang sudah ditakdirkan oleh Allah SWT, masing-masing menuding jari menyalahkan satu sama lain. Di peringkat kepimpinan tertinggi kerajaan negeri Terengganu, mungkin Menteri Besarnya, Dato' Ahmad Said menyalahkan Menteri Besar sebelumnya, Dato' Seri Idris Jusoh, yang bertanggungjawab dengan pembinaan stadium itu pada zaman pemerintahannya.

Sementara Idris pula, berlepas tangan dari mengambil risiko terhadap kejadian itu. Pernah apabila diajukan persoalan mengenainya, beliau menjawab, "Biar Menteri Besar baru menjelaskannya."

Diberitakan, Ahmad Said tidak kurang juga melepaskan geram dan marahnya kepada pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) sebagai jabatan yang bertanggungjawab dalam pembinaan stadium itu. Sikapnya itu telah menimbulkan suasana tidak baik antara beliau dengan pegawai di bawahnya, khususnya Pengarah JKR Negeri.

Dalam perkembangan terbaru, sekurang-kurangnya orang bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) di bawah Idris dan beberapa pegawai senior dari JKR negeri akan dipanggil oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk siasatan tragedi itu.

Tiga orang yang bertanggungjawab memastikan stadium tersebut siap menjelang Sukan Malaysia (SUKMA) 2008 adalah Dato’ Wan Hisham Wan Salleh (Exco Kemudahana Awam dan Infrastruktur), Dato’ Din Adam (Exco Belia dan Sukan) dan Dato’ Rosol Wahid (Exco Islam Hadhari dan Kebajikan).

Dalam keadaan Umno Terengganu sebelum ini bergolak hebat, peristiwa ini akan menambahkan lagi perbalahan mereka. Bagi kumpulan Ahmad Said, inilah peluang mereka untuk memburukkan kumpulan Idris.

Apakah mungkin keruntuhan dan kehancuran bumbung stadium itu akan turut membawa kepada keruntuhan dan kehancuran Umno di Terengganu? Rakyat bawahan sedang memerhatikan gelagat pemimpin-pemimpin mereka.

Dalam kita memperkatakan kesan negatif, di sana terdapat juga kesan-kesan positifnya. Oleh kerana kejadian stadium runtuh ini adalah antara peristiwa pelik yang mungkin terlalu jarang berlaku dalam dunia, maka ia sudah tentu menjadi tumpuan umum. Peristiwa ini juga termasuk dalam kategori "sesuatu yang tidak pernah dilihat oleh rakyat Terengganu" yang menjadi slogan dan janji Barisan Nasional (BN) menjelang Pilihan Raya Umum Ke-11 lalu.

Bukan sahaja rakyat Terengganu tidak pernah melihat dan mengalaminya, bahkan rakyat Malaysia seluruhnya belum pernah melhatnya. Maka ramailah pengunjung yang datang untuk melihat sendiri dengan mata kepala mereka ke tapak runtuhan stadium itu.

Kebetulan pula sekarang musim cuti sekolah, setiap hari berpuluh-puluh buah bas rombongan dari seluruh negara datang ke negeri ini dan pasti mereka tidak melepaskan peluang untuk melihat stadium runtuh itu.

Maknanya, ia telah membawa keuntungan dari segi sektor pelancongan bagi negeri Terengganu. Exco Pelancongan negeri mungkin tersenyum puas dengan suasana ini, kerana ia tidak memerlukan belanja tambahan khusus untuk mempromosikan negeri ini bagi menarik para pelancong.

Sementara para peniaga pula mendapat keuntungan yang berlaba hasih jualan mereka. Di tapak stadium runtuh itu juga ramai para peniaga menjalankan aktiviti perniagaan mereka. Ini juga menjadi rezeki kepada rakyat Terengganu.

Semoga tragedi yang menimpa itu menjadi iktibar yang besar kepada kita semua.

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

apalah ustaz ni.. tidak kedengaran pun dato mat said menyalahkan dato deris... ni lah pengadu domba yang paling dasyat dan di benci allah... perkara seumpama inilah yang membuatkan orang awam tidak menghormat set ustaz ustaz..

ibnugharib berkata...

Memanglah, mungkin tidak ada kenyataan terbuka dari Dato' Ahmad Said, tetapi pada hakikatnya apakah kita nak nafikan beliau tidak menyalahkan Dato' Seri Idris? Lagipun, ayat saya itu menyebut "mungkin". Cuba baca gok molek!

Tanpa Nama berkata...

Tahukah kamu apa ghibah itu? Para sahabat menjawab, "Allah dan rasulNya lebih mengetahui." Beliau bersabda, "Menyebut-nyebut sesuatu tentang saudaramu hal-hal yang dia tidak sukai."(HR. Muslim)

wak berkata...

Wahai Tanpa Nama yang mempunyai ilmu penuh didada,tolonglah jelaskan kepada kita ada berapa golongan manusia yang dibenarkan untuk memperkatakan keburukan mereka supaya menjadi pengajaran dan tauladan kepada umat dan masyarakat.Kita orang nak tahu niii,maklumlah kita orang semua ni jahil...

Tanpa Nama berkata...

Jangan kamu saling dengki dan iri dan jangan pula mengungkit keburukan orang lain. Jangan saling benci dan jangan saling bermusuhan serta jangan saling menawar lebih tinggi atas penawaran yang lain. Jadilah hamba-hamba Allah yang bersaudara. Seorang muslim adalah saudara muslim lainnya dengan tidak menzhaliminya, tidak mengecewakannya, tidak membohonginya dan tidak merendahkannya. Letak takwa ada di sini (Nabi Saw menunjuk ke dada beliau sampai diulang tiga kali). Seorang patut dinilai buruk bila merendahkan saudaranya yang muslim. Seorang muslim haram menumpahkan darah, merampas harta, dan menodai kehormatan muslim lainnya. (HR. Muslim)