PUSAT TARBIYAH KUALA NERUS

PUSAT TARBIYAH KUALA NERUS
Memohon derma dan sumbangan dari orang ramai untuk menyiapkan sebuah bangunan Pusat Tarbiyah

21 Julai 2009

Hulu Takir A juara Futsal

KUALA NERUS: Pasukan Hulu Takir A dari Pemuda PAS Cawangan Hulu Takir telah menjuarai Kejohanan Futsal Pemuda PAS DUN Seberang Takir 2009 yang diadakan di Jembal Futsal dekat sini baru-baru ini.

Pasukan yang dipimpin oleh Zulhairi Muhammad itu telah menduduki tempat pertama dari 12 pasukan yang menyertai kejohanan kali ini.

Naib juara disandang oleh pasukan Kg Batin dan tempat ketiga dan keempat pula menjadi milik pasukan Pak Tijah dan Tok Jembal.

Pasukan-pasukan lain yang turut serta ialah Kg Baru, Taman Murni Permai, Telaga Daing, Kg Duyung, Hulu Takir B, Bukit Tok Beng, Taman Permint Perdana dan Teluk Ketapang.


Majlis penutup dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Pengarah Majlis Tindakan DUN Seberang Takir, Sdra Zakaria Dagang.


Dalam ucapannya, beliau melahirkan rasa gembira dengan penyertaan dari anak-anak muda yang mewakili Cawangan-Cawangan dalam DUN Seberang Takir pada kejohanan yang dianjurkan oleh Penyelaras Pemuda DUN ini.


"Saya mengharapkan agar aktiviti seumpama ini akan mengikat ukhuwwah antara kita dan seterusnya menguatkan jamaah kita," ujar beliau.


Zakaria yang juga Ketua Penerangan PAS Kawasan Kuala Nerus turut mencadangkan agar kejohanan yang diadakan ini diperluaskan lagi penyertaannya pada masa akan datang, bahkan kalau boleh turut dilibatkan sama institusi-institusi seperti masjid dalam usaha untuk mendekatkan golongan muda kepada agama.


Turut sama berucap dalam majlis itu ialah Ketua Penyelaras Pemuda PAS DUN Seberang Takir, Sdra Mohd Fadhil Wahab.

Tiada ulasan: