PUSAT TARBIYAH KUALA NERUS

PUSAT TARBIYAH KUALA NERUS
Memohon derma dan sumbangan dari orang ramai untuk menyiapkan sebuah bangunan Pusat Tarbiyah

14 September 2009

Agihan Buletin dan kurma di pasar malam

KUALA NERUS – Buletin PAS negeri Terengganu cetakan Ogos, 2009 mendapat sambutan dari orang ramai apabila ia diagih-agihkan di pasar malam Kampung Baru Seberang Takir, kelmarin.

Pengarah Majlis Tindakan DUN Seberang Takir, Ustaz Zakaria Dagang yang mengetuai operasi mengagih-agihkan Buletin tersebut berkata inisiatif yang diambil oleh jentera Majlis Tindakan DUN (MTD) Seberang Takir bertujuan mendekatkan PAS kepada orang ramai.

”Bersempena dengan bulan Ramadhan kita turut memberi sedikit kurma bersama-sama Buletin edisi Ogos.

”AlhamduliLlah, ia dapat mendekatkan PAS dengan rakyat selain menyebarkan berita dan maklumat yang terdapat dalam Buletin,” katanya ketika ditemui selepas program tersebut.


Menurutnya lebih 300 naskah Buletin dapat diedarkan kepada orang ramai dan sambutan begitu menggalakkan.


Buletin tersebut dikeluarkan di bawah pengurusan Lajnah Penerangan PAS Negeri Terengganu yang baru yang diterajui oleh Ketua Penerangan yang baru Ustaz Nik Muhammad Zawawi Salleh.


Petikan: Buletinonline



Tiada ulasan: