PUSAT TARBIYAH KUALA NERUS

PUSAT TARBIYAH KUALA NERUS
Memohon derma dan sumbangan dari orang ramai untuk menyiapkan sebuah bangunan Pusat Tarbiyah

07 September 2009

Projek mega mencurah, rakyat masih tak terbela

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita10/BeriSumbanganSeberangTakir%20016.jpg
Zakaria bersama isteri ketika ziarah ke sebuah rumah

KUALA NERUS – Walaupun Seberang Takir adalah antara kawasan paling banyak dilaksanakan projek-projek mega, namun ramai rakyat dalam kawasan berkenaan masih hidup dibawah tahap kemiskinan.

Pengarah Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Takir, Ustaz Zakaria Dagang berkata demikian ketika ditemui dalam program ziarah dan pembahagian bantuan sempena Ramadhan di sini semalam.

”Seberang Takir boleh dianggap sebagai kawasan paling maju di Terengganu, dengan pelbagai projek mencurah-curah.

”Projek mega seperti lapangan terbang, kompleks sukan termasuk stadium, benteng pemecah ombak dan lain-lain, tapi tahap kemiskinan masih tinggi,” katanya.

Beliau berkata, walaupun wakil rakyat kawasan berkenaan adalah seorang Exco kanan kerajaan Terengganu namun tahap hidup rakyat masih tidak berubah.

Keadaan itu katanya adalah disebabkan projek-projek mega tidak memberi manfaat yang banyak kepada penduduk tempatan, di samping agihan bantuan yang tidak rata.

”Walaupun YB di sini seorang exco kanan kerajaan, masih ramai orang miskin tidak terbela kerana terdapat diskriminasi dalam bantuan, agihan tidak rata, projek mega yang banyak pula tidak beri manfaat kapada rakyat,” jelasnya.

Menurutnya, program ziarah dan pembahagian bantuan yang diadakan semalam sedikit sebanyak dapat meringankan beban penduduk miskin terutamanya ibu-ibu tunggal, nelayan dan mereka yang kurang berkemampuan dalam menempuh Ramadhan serta Eidul Fitri.

Katanya 40 keluarga telah menerima bantuan tersebut, berupa hamper barangan keperluan dapur dan wang tunai yang disumbangkan bersama oleh Lajnah Kebajikan Muslimat, Nisa' DUN Seberang Takir dan para muhsinin dalam DUN berkenaan.

Petikan dari Buletinonline

Tiada ulasan: