PUSAT TARBIYAH KUALA NERUS

PUSAT TARBIYAH KUALA NERUS
Memohon derma dan sumbangan dari orang ramai untuk menyiapkan sebuah bangunan Pusat Tarbiyah

27 September 2009

Rumah Terbuka DUN Seberang Takir meriah

Zakaria sedang menyampaikan ucapan aluan

SEBERANG TAKIR - Rumah Terbuka 'Idil-Fitri yang dianjurkan oleh Majlis Tindakan PAS DUN (MTD) Seberang Takir pada Jumaat lalu disambut meriah oleh warga DUN Seberang Takir.

Pengarah Program, Mohd Fadhil Wahab menyatakan bahawa program ini merupakan acara tahunan yang diadakan di DUN ini sempena sambutan Hari Raya 'Idil-Fitri yang bertujuan menghimpunkan ahli dan penyokong PAS di kawasan ini, termasuk juga para perantau yang pulang berhari raya di kampung.

"Sambutan pada tahun dilihat lebih meriah dari tahun-tahun lepas kerana ia dihadiri oleh segenap lapisan masyarakat di kawasan DUN ini," ujar Mohd Fadhil.

Beliau yang juga Penolong Pengarah 2 MTD Seberang Takir mengharapkan agar sokongan yang berterusan diberikan bagi menjayakan program-program di peringkat DUN ini.


Pengarah MTD Seberang Takir, Zakaria Dagang dalam ucapan aluan ketika menyambut para hadirin yang berkunjung ke majlis ini turut melahirkan rasa gembira atas sambutan yang diberikan oleh masyarakat sekitar ini.


"Bagi pihak MTD, saya mengucapkan Selamat Hari Raya 'Idil-Fitri serta maaf zahir batin kepada semua para pengunjung dan sudi bertandang ke rumah terbuka ini," katanya.


Majlis seumpama ini kata beliau bertujuan memberi kesempatan kepada seluruh warga DUN ini untuk dapat bertemu dan beramah mesra sempena hari mulia ini. Beliau mengharapkan agar ukhuwwah antara kita akan bertambah kukuh.


Para tetamu dihidangkan dengan pelbagai juadah hari raya seperti nasi minyak, nasi dagang, ketupang, rendang dan sebagainya.


Tetamu sedang menikmati juadah raya

Blogger Attakiri (3 dari kanan) turut serta

Wan Bukhari (baju hitam), Ketua PKR Cabang Kuala Nerus & AJKnya

Tetamu muslimat

Zakaria menyampaikan duit raya kepada kanak-kanak

Azman Mohd Salleh (AJK MTD) menyampaikan ucapan Selamat Hari Raya

Keluarga perantau istimewa dari Kuantan Pahang

3 ulasan:

Bintun Wan Bakar berkata...

salam...ust Ya,nak duit raye gok...hehehe...
untung amin,nangis skit boleh duit raye,kalu kite tau,kite nangis tek aritu.hehehe.gurau je...selamat hari raye 2010...

Ibni Gharib berkata...

Buleh agi kalu nak nangis skrg. Lagi kuat nangis, lagi banyak dpt duit raya..

Mintak maaf banyok, memang dok sedor sungguh, masa mana Amin mari ari tu dan dengor kata guling pun dok sedor jugok.

Apa2 pun, Selamat Hari Raya. Maaf zahir dan batin.

bintun wan bakar berkata...

amin mmg derah pe'e skit...ust ya ckp tipon ms tu...takdok mende pun,amin saje ngade skit...
nak mitok maaf gok sbb nyusoh ke ust ya sapa mai dumoh ato...
tahun depan la kite nangis...hehehe