PUSAT TARBIYAH KUALA NERUS

PUSAT TARBIYAH KUALA NERUS
Memohon derma dan sumbangan dari orang ramai untuk menyiapkan sebuah bangunan Pusat Tarbiyah

09 September 2009

Sumbangan untuk anak yatim

Sempena Ramadhan yang penuh keberkatan ini, marilah kita bersama-sama menyokong usaha yang dibuat oleh Yayasan Amal (YAM) Negeri Terengganu untuk membantu anak-anak yatim di negeri ini.

YAM sedang berusaha untuk membina pusat jagaan anak yatim di negeri ini sebagai satu tanggungjawab sosial yang sangat dituntut oleh Islam.

Langkah awal ke arah itu, satu majlis berbuka puasa dan penyampaian sumbangan kepada anak-anak yatim akan diadakan pada 17 September 2009 bersamaan 27 Ramadhan 1430 di Masjid Pengadang Baru, Kuala Terengganu.

Seramai 500 orang anak yatim akan diraikan dalam majlis itu.


Atas rasa prihatin atau cakna serta tanggungjawab kita bersama, marilah kita turut menyumbang ke arah keberhasilan program yang bakal dilangsungkan itu.


Sumbangan anda sangat-sangat dialu-alukan.

Tiada ulasan: