Dalam beberapa pilihan raya kecil (PRK) yang diadakan selepas Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu, Barisan Nasional (BN) banyak mengemukakan calon-calon dari golongan muda. Terakhir, dalam PRK Manek Urai dan PRK Permatang Pasir, BN mempertaruhkan tokoh muda sebagai calon untuk merebut kerusi-kerusi tersebut.
Hujah kuat yang dikemukakan oleh BN ialah bertujuan menarik golongan muda supaya menyokong mereka dalam memastikan mereka memperoleh kemenangan. Mereka sedar bahawa sebahagian besar pengundi muda dalam PRU lalu tidak memihak kepada mereka.
Sokongan golongan muda juga menjadi penentu bagi kemenangan sesebuah parti yang bertanding. Menyedari hakikat itu, BN sejak akhir-akhir ini banyak menonjolkan calon-calon muda dalam PRK yang diadakan di negara ini.
Berbeza pula dengan PRK Bagan Pinang kali ini, di mana BN mempertaruhkan calon ‘tua’ berbanding Pakatan Rakyat (PR) yang diwakili PAS dengan calon muda. Tan Sri Mohd Isa Abd Samad, 60 diumumkan sebagai calon BN untuk PRK ini. Sementara PAS menamakan Zulkefly Mohamad Omar, 45 sebagai calonnya.
Apakah ini bermakna, BN tidak berminat lagi untuk menarik pengundi muda dalam PRK ini sebagaimana yang dihujahkan mereka ketika mengemukakan calon muda dalam beberapa PRK sebelum ini?
Atau mungkin BN sudah selesa dengan pengundi pos yang begitu ramai, dan tidak memerlukan lagi sokongan dari golongan muda? Mereka yakin boleh menang selesa walaupun orang muda tidak mengundi mereka.
Atau mungkin juga berdasarkan kepada keputusan PRK lalu itu bahawa golongan muda tidak memihak kepada BN walaupun calonnya orang muda. Mereka tidak berjaya juga menarik golongan muda.
Itulah barangkalinya, BN menampilkan calon tua dan banyak ‘masalah’ pula sebagaimana yang umum sudah mengetahuinya.

1 ulasan:
Bila umno Telok Kemang mencadangkan Isa sebagai calon tunggal PRK Bagan Pinang, Mahathir ada diantara orang paling kuat menentang cadangan ini.Beliau bimbang imej buruk yang dibawa oleh Isa akan ditolak oleh rakyat dan rakyat akan menganggap umno tidak serius dalam membenteraskan rasuah.Tapi bila selesai saja penemaan calon Mahathir katakan BN akan menang dengan majoriti besar dengan Isa sebagai calon.Apa sebenarnya nak digambarkan oleh orang tua ini...
Catat Ulasan