PUSAT TARBIYAH KUALA NERUS

PUSAT TARBIYAH KUALA NERUS
Memohon derma dan sumbangan dari orang ramai untuk menyiapkan sebuah bangunan Pusat Tarbiyah

04 Oktober 2009

Penamaan Calon PRK Bagan Pinang dan kereta rosak

Beberapa orang penyokong PR dari DAP sempat berkempen di tepi jalan selepas sesesai penamaan calon

Semalam adalah hari penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Bagan Pinang, Negeri Sembilan. Proses penamaan calon tersebut telah berlangsung di Bangunan Majlis Perbandaran Port Dickson.

Ia disifatkan sebagai yang kedua terhebat selepas PRK Bukit Gantang beberapa bulan lalu. Kehadiran penyokong dari Pakatan Rakyat (PR) jauh mengatasi penyokong Barisan Nasional (BN). Ada yang menyebutnya sehingga 50,000 orang.

Sejak sebelum Subuh, penyokong PR telah memenuhi ruang di tempat permulaan perarakan. Perarakan yang diketuai oleh Presiden PAS dan sebahagian besar pemimpin PR itu menggambarkan kesemarakan dan kesepakatan dalam PR.

Saya yang sepatutnya sampai di kawasan PRK Bagan Pinang itu pada awal pagi Jumaat lalu, tidak kesampaian kerana masalah kesihatan anak yang sedang belajar di Pusat Asasi, Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Nilai. Dua malam terpaksa menyelesaikan masalahnya.


Takdir telah menetapkan, saya tidak sempat untuk menyertai perarakan besar calon PAS ke pusat penamaan calon. Dalam perjalanan, semasa berada di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dari Bangi ke Port Dickson, injin kereta saya tiba-tiba mati dan tidak dapat dihidupkan, walau dicuba berkali-kali.


Dalam sekitar 15 minit kereta saya tersadai di tepi lebuhraya itu, tiba sebuah kereta Kancil berhenti di belakang kereta saya dan keluar dua orang lelaki India. Mereka datang untuk membantu saya. Akhirnya kereta saya terpaksa ditunda oleh kereta India itu menuju ke bengkel sejauh lebih kurang 20 km.


Kerosakannya agak teruk juga dan memakan masa untuk baikpulih. Pemilik bengkel berbangsa India itu memberitahu bahawa ia boleh disiapkan sekitar jam 5.00 petang nanti. Kerana kasihan melihat saya bersama isteri, dua anak lelaki dan dua anak perempuan yang masih kecil, beliau bermurah hati meminjamkan keretanya untuk saya menyelesaikan urusan saya sementara kereta saya siap dibaiki.


Dengan kereta yang dipinjamkan itu, saya terus memecut ke Port Dickson dengan harapan masih sempat bersama rakan-rakan penyokong yang lain di pusat penamaan calon. Tetapi dalam keadaan kesesakan jalan raya yang teruk semasa hendak memasuki bandar Port Dickson, kami hanya mampu bertembung dengan penyokong-penyokong yang bertali-arus baru kembali dari pusat penamaan calon.


Bagaimanapun kami tetap berpuas hati kerana masih sempat merasai suasana hangat walaupun selepas selesai proses penamaan calon.


Kereta sedang ditunda di lebuhraya PLUS

Pekerja bengkel sedang membaiki kerosakan kereta

Di Markas Induk, sempat berjumpa Pengarah PRK Bagan Pinang, YB Salahuddin Ayub

Sofiyyah dan Baiyinnah di Markas Induk PAS PRK Bagan Pinang

5 ulasan:

abu muaz berkata...

salam. Nasib baik jumpa orang india kalau orang UMNO jawabnya tidur dilebuhraya laaa.

Tanpa Nama berkata...

ingat orang UMNO ni JAHAT macam orang PAS ke?

J.T. Munauza Attakiri berkata...

eh,org umno baik2 belake..
jurruh molek org tranung kate..
org umno 'baikkk' ngat!

Golok bong berkata...

Memang orang umno baik. Baik macam "Saddiq Sigaraga" dalam cerita P. Ramlee (Tiga Abdul).

Tanpa Nama berkata...

"Bukan sahaja dalam menifesto, dalam perlembagaan PAS sendiri memang tidak mengandungi satu perkataan pun untuk menubuhkan sebuah negara Islam, dia (DAP) boleh tengok sendiri dan baca perlembagaan itu." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 4 Ogos 2001.