PUSAT TARBIYAH KUALA NERUS

PUSAT TARBIYAH KUALA NERUS
Memohon derma dan sumbangan dari orang ramai untuk menyiapkan sebuah bangunan Pusat Tarbiyah

05 November 2009

Cadangan membina surau di Pejabat Perhubungan PAS

KUALA TERENGGANU – Badan Perhubungan PAS Terengganu bercadang untuk membina sebuah surau dua tingkat di ruang parkir sebelah kanan dalam kawasan bangunan pejabat di Taman Seri Intan, di sini.

Pegawai Kerja, Ustaz Zakaria Dagang berkata, apabila surau itu siap, ia bukan sahaja dapat memberikan kemudahan kepada petugas PAS tetapi dibuka kepada semua muslimin dan muslimat.

”InsyaAllah, ia akan turut memberikan kemudahan kepada staf pejabat-pejabat yang berhampiran, bukan hanya kepada petugas pejabat PAS sahaja. Ia amat bersesuaian dengan seruan ’PAS Untuk Semua’,” jelasnya.

Menurutnya pembinaan surau tersebut memerlukan kos kira-kira RM70,000.00.

Oleh itu, katanya, satu tabung ’Dana Bagi Pembinaan Surau’ telah dibuka untuk orang ramai memberikan sumbangan.

”Derma untuk pembinaan surau tersebut boleh diserahkan kepada saya sendiri, atau berhubung dengan Bendahari PAS Negeri, Haji Muhyidin Abdul Rashid,” jelasnya.

Petikan: Buletinonline

4 ulasan:

Ibnul Munzir berkata...

Ustaz Ya.

Tolong sertakan no akaun kat sini deh. Mudoh nak masuk derma online bagi para penderma seluruh Malaysia.

Jumaat ni, boleh lancarkan derma tu kat Masjid Pengadang baru...

Jamaah situ sentiasa menunggu-nunggu untuk berinfak fi sabilillah. Kalau satu Jumaat tu tak ada tong derma pembinaan, atau seumpamanya, mereka akan mengeluh...

abu muaz berkata...

Salam. Guane kereta warna biru tuuu... MB Dato Mat kita ke tuuuu?

Ibni Gharib berkata...

Kpd Ibnul Munzir: No. akaun ada tertera pada iklan di atas.

Ibni Gharib berkata...

Kpd Abu Muaz: Surau kita insya' Allah, terbuka kepada semua. MB Dato' Mat boleh mari, tadak masalah, kalu dia tergamak!