PUSAT TARBIYAH KUALA NERUS

PUSAT TARBIYAH KUALA NERUS
Memohon derma dan sumbangan dari orang ramai untuk menyiapkan sebuah bangunan Pusat Tarbiyah

01 November 2009

Tahniah Abdul 'Alim dan Nasih!

Abdul 'Alim dan Nasih Ulwan bersama hadiah masing-masing

Himpunan Pemuda Islam Terengganu (HIMPIT) di Kemaman sudah berlalu dengan jayanya. Program kali ini dilihat lebih meriah dari tahun-tahun yang lalu dengan penyertaan yang ramai dari kalangan para pemuda di negeri ini.

Semangat para peserta juga dilihat berkobar-kobar, terutamanya melalui Ikrar dan Sumpah Pemuda yang diketuai oleh Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu, Ustaz Mohd Hanafi Abdul Aziz selepas majlis perasmian.

Walaupun ada sebahagian peserta yang 'terpaksa' pulang awal, tetapi kemeriahannya tidak terjejas. Majlis yang dirasmikan pembukaannya pada pagi Jumaat oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi itu ditutup secara rasmi oleh Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu, Haji Mohd Abdul Wahid Endut menggantikan Pesuruhjaya pada tengah hari Sabtu.

Alhamdulillah, dua orang anak kami yang menyertai HIMPIT kali ini telah berjaya dalam acara yang disertai. Abdul 'Alim telah muncul sebagai johan dalam Pidato Politik dan Muhammad Nasih Ulwan mendapat tempat ketiga dalam Karaoke Nasyid.

Abdul 'Alim yang menyampaikan pidato dengan tajuk "Peranan Pemuda" telah mengalahkan tujuh peserta lain yang mewakili setiap Kawasan dalam negeri ini. Beliau telah dipilih secara bidan terjun (15 minit sebelum majlis berlangsung) apabila wakil Kuala Nerus yang ditetapkan awal berhalangan.

Sementara itu, Muhammad Nasih Ulwan yang mengalunkan lagu "Menanti Di Barzakh" yang dipopularkan oleh Kumpulan Far East mendapat tempat ketiga daripada 18 orang peserta pertandingan itu.

Tahniah anak-anakku atas kejayaan itu. Berbaloilah kami sekeluarga berkampung di Kemaman selama dua malam satu hari untuk turut bersama berHIMPIT.

5 ulasan:

Abdullah Haris Zakaria at-Takeeriy berkata...

mboh..sedap ngat..rugi guh x dop..waaaaa
lepas ni tgk ah, ares masuk belake tanding..mollok sorg..haha
pape pon..mabruk la utk kekandaku 'Alim & adindaku Nasih atas kejayaan kalian..mantap3!!

Naseh Ulwan berkata...

mekasih kepada ayoh ats dorongan n semangat yg x pernah berbelah bagi..
asih masih ingat, seusai asih berkaraoke, ayoh terus menghantar mesej, "Tahniah. Kemas.". Lalu asih membalas, "Nurrung ayoh gop..huhu".
Insya ALLAH, taun depan kita jumpa lagi ya, HIMPIT.

abu muaz berkata...

Salam. Syabas dan tahniah untuk yang memenangi pertandingan ini.Anda mempunyai ibu dan bapa yang hebat.

Payed berkata...

mboh..rezak plek je ak xleh g..tekkang mlek..kalu x,bleh gok ah mng prtdgn main kongga..hehe

Abdullah Haris Zakaria at-Takeeriy berkata...

laa..mu x dop gop mase himpit? ingat ke abreh sorg je..nyaknye ngat..haha

doh bile mase plop mu reti main kongga?