PUSAT TARBIYAH KUALA NERUS

PUSAT TARBIYAH KUALA NERUS
Memohon derma dan sumbangan dari orang ramai untuk menyiapkan sebuah bangunan Pusat Tarbiyah

11 Februari 2010

Rakyat tunggu laporan stadium runtuh

KUALA NERUS – Rakyat negeri ini sedang menunggu-nunggu laporan siasatan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin yang telah runtuh pada Jun lalu sebagaimana dijanjikan Menteri Besarnya.

Dato’ Ahmad Said, pada bulan Julai 2009, ketika mengumumkan perlantikan pakar siasatan dari United Kingdom, telah berjanji akan memberitahu hasil siasatanya kepada khalayak.

”Namun, sehingga kini sudah menjangkaui lebih tiga bulan, belum dengar apa-apa hasil siasatan terhadap stadium runtuh.

”Bulan tujuh (Julai) waktu lantik pakar siasatan, dari United Kingdom, England nu…., janji tiga bulan boleh dapat hasil,” kata Ketua Penerangan PAS Kuala Nerus, Zakaria Dagang.

Beliau berkata demikian sebagai alu-aluan dalam majlis penerangan yang diadakan di Padang Bola Batu Enam dekat sini, semalam (10 Februari).

Dilaporkan, Menteri kabinet telah pun menerima laporan kejadian yang agak pelik di atas, di mana stadium tersebut belum setahun digunakan telah runtuh, hampir keseluruhan struktur bumbungnya.

Namun, Ahmad yang mendakwa telah mendapat laporan tersebut minggu lalu, memberikan alasan perundangan bagi membentangkannya kepada rakyat negeri Terengganu.

Tiada ulasan: