KUALA TERENGGANU - Kejadian bekalan elektrik dipotong yang berlaku di Felda Kertih 3 mungkin menunjukkan tanda-tanda benarnya kenyataan bahawa Felda sedang menuju muflis.
Timbalan Ketua Penerangan PAS Negeri Terengganu, Ustaz Zakaria Dagang berkata demikian ketika mengulas laporan akhbar tempatan berkaitan perkara tersebut yang menyatakan bahawa bekalan elektrik dipotong kerana Felda tidak membayar tunggakan bil elektrik.
"Ia seolah-olah membenarkan dakwaan Felda muflis. Bil api (elektrik) pun tidak boleh nak bayar," katanya ketika ditemui Buletinonline semalam, Rabu 28 Julai.
Menurutnya, sudah tentu pemotongan bekalan elektrik tersebut akan menyusahkan para peneroka dan tidak menggambarkan sikap Felda yang kononnya mahu membela peneroka.
Beliau mendesak Felda membuktikan benar-benar, agensi tersebut 'bukan Along', tetapi mahu menolong rakyat yang menjadi peneroka.
"Di mana kata (Felda) nak bela mereka (peneroka)? Selesaikan segera kalau Felda kaya," tegasnya.
Akhbar Suara Keadilan pada keluaran bertarikh 22 - 26 Jun lepas menyiarkan berita utama di muka hadapan bertajuk "Felda Bangkrap" dan empat lagi artikel di dalam keluaran sama.
Laporan tersebut diapi-apikan oleh pemimpin Umno untuk mendapat respon 'panas' dari seluruh warga Felda, termasuk warga Felda di negeri ini yang telah mengadakan demonstrasi di pejabat Felda Wilayah Terengganu membantah laporan Suara Keadilan.
Sedangkan sehingga kini, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan gagal memberi penjelasan sebenar mengapa wang sebanyak RM2 billion dibelanjakan semata-mata untuk proses tanam semula.
Sumber: Buletinonline

Tiada ulasan:
Catat Ulasan