PUSAT TARBIYAH KUALA NERUS

PUSAT TARBIYAH KUALA NERUS
Memohon derma dan sumbangan dari orang ramai untuk menyiapkan sebuah bangunan Pusat Tarbiyah

22 Oktober 2012

Mahathir pemimpin tiada kuasa

KUALA TERENGGANU – Pembangkang tidak menolak bahawa pandangan dan kritikan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mempunyai pengaruh tersendiri dalam membantu kempen Pakatan Rakyat (PR).

Penolong Setiausaha PAS Negeri Terengganu, Zakaria Dagang menjelaskan, pandangan negatif tokoh negarawan itu khususnya terhadap Umno dan Barisan Nasional (BN) sebelum ini akan dimanfaatkan sebaik mungkin oleh pihaknya.

Zakaria menjelaskan, dengan pengaruh sedia ada, kenyataan Mahathir mampu dijadikan hujah-hujah pembangkang dalam menyaingi pihak lawan. 

“Beliau ada pengaruh tersendiri. Jadi sedikit sebanyak kita boleh guna untuk dijadikan hujah, tetapi tidak boleh harap sangat kerana kadang-kadang kenyataan beliau tidak konsisten,” katanya kepada Sinar Harian ketika dihubungi, di sini. 

Sementara itu, menjelaskan mengenai Mahathir yang dikatakan membawa pengaruh besar dalam membawa kemenangan besar kepada Barisan Nasional (BN), beliau tidak begitu bersetuju terhadap kenyataan terbabit. 

Dari sudut pandangan peribadi, beliau berkata, Mahathir hanya dilihat sebagai individu yang sudah tiak mempunyai kuasa secara tidak langsung tidak membantu BN mencapai kemenangan. Bagaimanapun, sebagai pembangkang, pihaknya turut menghormati Mahathir yang pernah menerajui negara sebelum ini. 

“Pandangan beliau kita masih ambil kira dan hormati, tetapi kita melihat beliau tiada peranan untuk bawa BN ke arah kemenangan,” katanya. 

Sumber: Sinar Harian

Tiada ulasan: