PUSAT TARBIYAH KUALA NERUS

PUSAT TARBIYAH KUALA NERUS
Memohon derma dan sumbangan dari orang ramai untuk menyiapkan sebuah bangunan Pusat Tarbiyah

24 Jun 2008

Salam Perkenalan

Assalamu'alaikum wr wb.

Selamat Datang! Saya mengalu-alukan para pengunjung yang sudi bertandang ke laman blog saya yang tidak seberapa ini. Maklumlah baru belajar cuba-cuba. Apa-apa kekurangan dan kelemahan saya mohon maaf jua. Kalau ada pandangan dan cadangan atau apa-apa komentar terhadap blog ini bolehlah dikemukakan. Mudah-mudahan akan memberikan kebaikan kepada kita bersama.

Melalui blog ini diharap saya dapat berkongsi pandangan dan pengalaman dengan sahabat-sahabat yang sudi bersama-sama. Insya' Allah, dari situ diharap ilmu kita semakin mantap dan pandangan kita semakin matang.

Dalam dunia maya hari ini terlalu banyak pandangan yang dilontarkan kepada kita setiap ketika, yang memerlukan kita berfikir secara kritis dan menanganinya secara bijaksana. Kematangan kita dalam turut sama di dalamnya akan membawa natijah yang berguna kepada kelangsungan kita, terutama bagi mereka yang berada dalam saf perjuangan.

Hari ini kita berhadapan dengan pelbagai masalah yang saban hari semakin rumit. Kita dihimpit dengan kos sara hidup yang semakin tinggi ekoran kenaikan harga bahan api yang melambung-melambung yang sudah pasti membawa kepada kenaikan harga barangan dan perkhidmatan. Semua itu terpaksa kita tanggung walau di tahap mana sahaja kita berada.

Situasi ini sepatutnya memaksa kita bangkit dari tidur yang lena selama ini. Kita mesti perjuangkan hak kita dalam negara yang diuar-uarkan sebagai selamat, aman, dan makmur ini. Barangkali inilah hadiah paling istimewa yang telah dianugerahkan oleh kerajaan kepada rakyat yang terus memberi mandat kepada mereka.

Sepatutnya kerajaan bertindak lebih berhemah dalam keadaan mandat yang semakin kurang diterima oleh mereka sebagai satu signal kepada mereka. Tetapi rupanya tidak begitu, tindakan sebaliknya pula diambil mereka. Kalau dalam keadaan ini rakyat masih belum sedar, kita tidak tahu apa lagi 'benda' yang akan menyedarkan mereka.

Sekian dahulu untuk permulaan ini. Jumpa lagi...

Tiada ulasan: