SEMALAM aku tidak sempat untuk posting kerana pertamanya 'mesin kerja' (laptop) aku rosak dan keduanya kerana kematian ibu saudaraku.
Seawal jam 8.00 pagi, telefon bimbitku berdering. Nombor yang naik agak asing bagiku, kerana tidak tersimpan di dalam telefonku. Rupanya sepupuku membuat panggilan untuk memaklumkan kematian ibunya (ibu saudaraku), Hajah Nik binti Ibrahim atau Cik Wa Nik menurut panggilan kami anak-anak saudara.
Cik Wa merupakan kakak arwah ayahku yang paling tua. Umurnya sudah mencecah hampir 100 tahun. Suaminya yang pertama telah meninggal dunia pada tahun 1952, kemudian berkahwin lagi pada akhir 1970-an, tetapi sekejap sahaja, rasanya tak sampai setahun. Selepas itu beliau terus hidup keseorangan sampai akhir hayatnya pada pagi 28 Julai 2008.
Arwah ayahku mempunyai 12 orang adik-beradik, iaitu 5 orang seibu sebapa dan 7 orang lagi sebapa. Cik Wa adalah yang paling tua dan yang paling akhir meninggal dunia di kalangan 5 orang adik-beradik seibu sebapanya.
Semasa adanya kematian seumpama inilah aku berpeluang berjumpa sanak-saudara yang sangat jarang ditemui, lebih-lebih lagi yang tinggal berjauhan. Kadang-kadang sepupu pun ada yang tidak ingat nama. Maklumlah hubungan tidak begitu erat dan rapat sebagaimana yang sepatutnya. Kalau berjumpa pun pada hari raya. Itupun bukan selalu juga.
Alhamdulillah, semua adik-beradik seibu sebapaku seramai 10 orang dapat berkumpul semalam sempena kematian itu. Walaupun ada seorang yang tinggal di Muar, tetapi Allah telah mentakdirkan beliau pulang sehari sebelum itu, kerana isterinya bertugas di Kota Bharu. Sementara abang-abang dan kakak-kakakku yang berlainan ibu (seramai 5 orang), hanya dua orang sahaja yang sempat pulang kerana yang sulung tinggal di Perak, yang kedua di Kelantan, sementara yang ketiga berada di Kuala Lumpur.
Kemesraan antara keluarga ini jelas terserlah apabila masing-masing mengambil berat dan sentiasa bertanya khabar antara satu sama lain. Ikatan ini diperkukuhkan lagi dengan pertemuan-pertemuan yang sentiasa diadakan dari semasa ke semasa. Anak-anak pula mestilah dididik supaya mereka berasa mesra dengan sepupu-sepupu mereka dan hubungan itu dikekalkan berterusan selepas mereka pula, titih-menitih. Orang tua bertanggungjawab bagi mendekatkan anak-anak mereka dengan saudara-mara mereka.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan