KUALA TERENGGANU: Majlis Tindakan Pemuda PAS Dun Seberang Takir telah berjaya menganjurkan program Ekspedisi Pemuda Kental (XPEK) 2008 pada 8 hingga 9 Ogos 2008. Destinasi program ini ialah Kota Bharu, Kelantan.
Seramai 100 orang peserta yang terdiri daripada pemuda-pemuda di Dun ini telah menyertai program tersebut yang bermula pada jam 9.00 pagi di Perkarangan Pusat Tarbiyah PAS Dun Seberang Takir di Kampung Duyung dekat sini.
Majlis pelepasan telah disempurnakan oleh Pengarah Majlis Tindakan Dun (MTD) Seberang Takir, Sdra Zakaria Dagang. Turut serta dalam majlis tersebut ialah Pengarah MTD Pemuda Dun, Sdra Mohd Fadhil Wahab dan Pengarah XPEK '08, Sdra Mohd Nazir Ismail.
Dalam ucapan ringkasnya, Zakaria mengingatkan para peserta supaya menjaga nama baik pemuda Islam dengan penampilan akhlak yang mulia sepanjang program berjalan, sama ada semasa perjalanan dan di destinasi-destinasi yang telah ditetapkan.
"Saudara adalah duta kepada para pemuda di Dun ini yang sewajarnya memperlihatkan tingkah laku yang baik dan akan menjadi contoh kepada para pemuda lain," katanya.
Tambah beliau, program seumpama ini sudah tentu memberi banyak manfaat kepada para peserta kerana ia dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti yang menarik dan akan menjadi pengalaman berharga.
Sementara itu, Mohd Fadhil memberitahu, program yang bertemakan "Pemuda Kental Mendepani Cabaran" ini mempunyai objektif antaranya ialah membina dan memupuk ukhuwwah persahabatan yang kukuh; menjana semangat yang jitu dan kental dalam diri pemuda bagi menghadapi perjuangan Islam; membuka minda di kalangan petugas untuk sama-sama berkongsi pengalaman politik dan gerak kerja dengan petugas setempat; dan mewujudkan sedikit perubahan atau kelainan dalam program tarbiyah dan motivasi iaitu lebih terbuka dan dalam bentuk santai.
Mohd Nazir pula menyebut antara aktiviti yang diisi sepanjang program ialah Ziarah Tok Guru di Pulau Melaka, Bersama Dewan Pemuda PAS Kelantan, Bersama Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan dan Rehlah di Lata Belatan, Jabi. Di samping itu beberapa acara bebas disediakan untuk para peserta di sekitar bandar Kota Bharu.
Peserta dijangka tiba semula di Pusat Tarbiyah PAS Dun Seberang Takir pada jam 6.30 petang hari Sabtu.

Zakaria sedang berucap semasa pelepasan peserta
Zakaria sedang menampal stiker logo XPEK '08 pada topi seorang peserta, sambil diperhatikan oleh Fadhil
Antara peserta sebelum berlepas
Tiada ulasan:
Catat Ulasan