PUSAT TARBIYAH KUALA NERUS

PUSAT TARBIYAH KUALA NERUS
Memohon derma dan sumbangan dari orang ramai untuk menyiapkan sebuah bangunan Pusat Tarbiyah

10 Ogos 2008

Selamat Pengantin Baru Salam & Hajar



SELAMAT Pengantin Baru diucapkan kepada Abdul Salam Mohamad dan Siti Hajar Che Kamarudin. Abdul Salam, 21, dan Siti Hajar, 19, selamat diijabkabulkan pada jam 10.00 malam tadi di rumah pengantin perempuan di Kampung Teluk Ketapang, Seberang Takir, Kuala Terengganu.

Pasangan muda ini tinggal berjiran, hanya selang sebuah rumah sahaja. Abdul Salam merupakan Ahli Jawatankuasa Pemuda PAS Cawangan Teluk Ketapang, dan anak kepada Haji Mohamad Chik, Naib Ketua PAS Cawangan Telaga Daing, yang juga imam Surau Haji Mohamad Chik, Teluk Ketapang. Ibunya Hajah Tijah Awang merupakan Ahli Jawatankuasa Muslimat PAS Cawangan Teluk Ketapang. Manakala ibu bapa Siti Hajar pula, Haji Che Kamarudin Che Mat dan Norashikin Ariffin adalah Ahli Jawatankuasa PAS Cawangan Teluk Ketapang.

Majlis aqad nikah telah disempurnakan oleh Imam Haji Wan Hassan Awang dan disaksikan oleh lebih 200 orang tetamu yang hadir. Dengan mas kahwin sebanyak RM80 tunai dan dengan sekali lafaz qabul, Abdul Salam bergelar seorang suami, sementara Siti Hajar bergelar seorang isteri. Majlis didahului dengan solat hajat dan tahlil oleh ahli jemaah di beberapa surau di sekitar kampung ini.

Kita doakan semoga pasangan ini diberkati Allah dan kekal ke akhir hayat serta bahagia dalam membina sebuah rumahtangga dan keluarga yang diredhai Allah.

P/S: Jangan ada pula kawan-kawan sebaya mereka yang 'naik semangat'...

Tiada ulasan: