PUSAT TARBIYAH KUALA NERUS

PUSAT TARBIYAH KUALA NERUS
Memohon derma dan sumbangan dari orang ramai untuk menyiapkan sebuah bangunan Pusat Tarbiyah

14 Ogos 2008

Selamat Bermuktamar

Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu (BPPNT) mengucapkan SELAMAT BERMUKTAMAR KALI KE-54 kepada semua pemimpin dan para perwakilan dari seluruh negara.

Dalam kata-kata aluan pada buku Laporan Tahunan 2007/2008 BPPNT, Setiausahanya, Haji Yahaya Ali berkata muktamar ini seharusnya menjadi platform dan medan muhasabah terbaik kepada semua perwakilan dengan sikap terbuka dan berlapang dada bagi mengukuhkan parti dan bukan mencari titik perbezaan bagi merenggangkan perpaduan dalam parti kerana taksub kepada pandangan sendiri.

Tambah beliau, Allah SWT telah mentadirkan berlakunya tsunami politik dalam Pilihan Raya Umum Ke-12 yang telah merubah landskap politik Malaysia walaupun tidak melanda semua negeri.

"Kepada PAS, nikmat ini hendaklah dijaga dan dipupuk dengan baik supaya keyakinan rakyat kepada perjuangan kita semakin kukuh terutama dalam menghadapi pilihan raya umum yang akan datang," ujar beliau.

Haji Yahaya juga turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang bertungkus lumus membuat persiapan bagi menjayakan sidang muktamar, khususnya PAS Negeri Perak yang menjadi tuan rumah pada kali ini.

Tiada ulasan: