PUSAT TARBIYAH KUALA NERUS

PUSAT TARBIYAH KUALA NERUS
Memohon derma dan sumbangan dari orang ramai untuk menyiapkan sebuah bangunan Pusat Tarbiyah

18 November 2008

Kerjasama untuk daulatkan Islam

SEBERANG TAKIR: Umat Islam digesa bekerjasama untuk mendaulatkan Islam di negara ini dalam perkara yang sekecil-kecilnya hingga kepada perkara yang sebesar-besarnya.

Demikian ditegaskan oleh Ustaz Munawwar Mohamad, Ahli Jawatankuasa PAS Kawasan Kuala Nerus.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Berkhatan Berama-ramai DUN Seberang Takir 2008 di Masjid Kampung Batin dekat sini malam tadi.

Ustaz Munawwar juga menyarankan agar ibu bapa bersabar dalam mendidik anak-anak melalui proses yang betul sesuai dengan yang disabdakan oleh Rasulullah SAW.

"Dalam sabdanya, Rasulullah SAW menegaskan supaya menyuruh anak bersembahyang ketika berumur tujuh tahun dan memukulnya jika enggan bersembahyang ketika berumur 10 tahun.

"Dalam tempoh tiga tahun (7-9 tahun), ibu bapa belum boleh lagi memukul anak dalam mengajarnya," kata beliau.

Mengenai berkhatan, Munawwar menyebut bahawa Islam menuntutnya atas beberapa asas dan hikmah, seperti tanda kebersihan dan fitrah.

Beliau turut mendoakan agar anak-anak akan membesar menjadi orang Islam yang beramal dengan Islam.

Turut hadir dan berucap dalam majlis itu ialah Pengarah Majlis Tindakan DUN (MTD) Seberang Takir, Zakaria Dagang dan Ketua Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Kawasan Kuala Nerus, Syed Ibrahim Syed Husin.

Dalam majlis tersebut, seramai 39 orang peserta telah mendaftar. Majlis juga didahului dengan sembahyang hajat dan penyampaian cenderamata kepada para peserta.

Upacara berkhatan dijalankan di Pusat Tarbiyah Kampung Duyung pada keesokan harinya.

Sebahagian peserta bergambar kenang-kenangan selepas majlis perasmian

Seorang peserta sedang 'dikerjakan'

Seorang peserta yang baru selesai dikhatankan

Tiada ulasan: