PUSAT TARBIYAH KUALA NERUS

PUSAT TARBIYAH KUALA NERUS
Memohon derma dan sumbangan dari orang ramai untuk menyiapkan sebuah bangunan Pusat Tarbiyah

11 November 2008

Misi Kemboja (1): Catatan Perjalanan

CATATAN PERJALANAN
THAILAND – KEMBOJA

Hari Ke-1 / Isnin / 3 November 2008

08.00 pagi:
Bertolak dari Kuala Terengganu bersama Cikgu Haji Ismail Musa dan Abdul Ghafar Abd Ghani.

10.00 pagi:
Singgah di Padang Luas, Besut ambil Haji Salahuddin Mat Ali.

11.45 pagi:
Masuk ke Sungai Golok, Thailand.

12.30 t/hari:
Makan tengah hari dan solat jama’ taqdim Zuhur/Asar di Stesen Keretapi Sungai Golok, Thailand.

03.20 petang:
Bertolak dengan keretapi Ekspres Sungai Golok – Bangkok.
Solat jama’ ta’akhir Maghrib/Isya’ di dalam keretapi.


Hari Ke-2 / Selasa / 4 November 2008

01.10 pagi:
Tiba di Suratani (separuh perjalanan).

06.00 pagi:
Mandi dan Solat Subuh di dalam keretapi.

12.15 t/hari:
Tiba di Stesen Keretapi Bangkok, Thailand.
Dibantu oleh kenalan baru dalam keretapi Zaid dan rakan-rakan dari Pattani.
Tukar wang ke Baht Thailand (100 Baht = RM9.12)
Menaiki teksi ke Stesen Bas Utara (Mochit, Bangkok).
Solat jama’ taqdim Zuhur/Asar di Stesen Bas Mochit.

03.30 petang:
Bertolak dengan bas dari Mochit ke Aranyaprathet, bandar sempadan Thailand/Kemboja.

08.15 malam:
Tiba di Aranyaprathet.
Menaiki tut-tut ke sempadan / pintu masuk.

08.45 malam:
Masuk ke sempadan Poipet, Kemboja.
Makan malam disediakan oleh keluarga Siak Masjid.
Solat jama’ ta’akhir Maghrib/Isya’ di Masjid Muhajirin, Poipet.
Tidur di Masjid al-Muhajirin, Poipet, Kemboja.


Hari Ke-3 / Rabu / 5 November 2008

05.45 pagi:
Solat Subuh di Masjid al-Muhajirin, Poipet diimami oleh Haji Salleh, usahawan Kemboja yang mendapat taraf penduduk tetap Malaysia.

06.15 pagi:
Perbincangan bersama Haji Salleh dan Ustaz Sulaiman, guru kelas agama di Masjid al-Muhajirin, Poipet.
Menyampaikan sedikit sumbangan kewangan kepada guru agama dan pakaian kepada keluarga siak.

07.45 pagi:
Bertolak dengan bas dari Poipet ke Phnom Penh.

08.45 pagi:
Berhenti di Sisophon.

10.30 pagi:
Berhenti di Battambang.
Makan tengah hari dalam bas bekalan yang disediakan oleh keluarga siak.

04.45 petang:
Tiba di Phnom Penh.
Makan di Restoran Malaysia, Phnom Penh.
Solat jama’ ta’akhir di Restoran Malaysia.

11.30 malam:
Bermalam di Moha Leap Guest House, Phnom Penh.


Hari Ke-4 / Khamis / 6 November 2008

08.15 pagi:
Bertolak ke Wilayah Kampot (148 km dari Phnom Penh) dengan kereta Ustaz Sulaiman Hassan.

12.45 t/hari:
Tiba di Kampot. Menginap di rumah Ustaz Sulaiman Hassan.

01.15 t/hari:
Melawat Kampung Sprau, Kampot untuk pembelian lembu bagi aqiqah.
Makan tengah hari di rumah Ustaz Sulaiman.

05.00 petang:
Majlis kenduri aqiqah di Kampung Sprau dan penyampaian sumbangan kepada guru-guru agama, imam dan kanak-kanak.

07.00 malam:
Solat Maghrib di Masjid Asy-Syakirin, Kampung Kep dan menyampaikan tazkirah ringkas serta menyampaikan sumbangan kepada guru-guru agama (seramai 9 orang).

09.00 malam:
Bermalam di rumah Ustaz Sulaiman.


Hari Ke-5 / Jumaat / 7 November 2008

08.30 pagi:
Melawat Madrasah Al-Islah, Kampung Gendal, Kampot.

09.45 pagi:
Penyampaian pakaian terpakai di Kampung Kedap, Kampot.

10.30 pagi:
Melawat pasar.

01.00 t/hari:
Solat Jumaat di Masjid Kampung Sebau, Kampot dan menyampaikan tazkirah ringkas serta memberi sumbangan kepada 2 orang guru agama dan seorang imam serta 15 orang penduduk serta kanak-kanak.

02.00 petang:
Ziarah rumah Ketua Kampung Sebau dan menikmati air kelapa muda.

02.30 petang:
Melawat Pantai Pelancongan Kep City dan sampai ke perairan sempadan Vietnam.

03.30 petang:
Makan tengah hari di rumah Ustaz Sulaiman.

06.00 petang:
Ke Pusat Internet (cyber cafe) di bandar Kampot.

08.00 malam:
Bermalam di rumah Ustaz Sulaiman.


Hari Ke-6 / Sabtu / 8 November 2008

09.00 pagi:
Menyampaikan sumbangan sebanyak RM3452 dan USD200 untuk pembinaan kantin asrama anak yatim Madrasah Al-Islah, Kampung Gendal, Kampot.

10.15 pagi:
Bertolak ke Koh Kong (bandar sempadan Kemboja/Thailand) di Barat Daya Kemboja dengan menaiki van Hyundai (sepatutnya 11 orang penumpang termasuk pemandu) dengan muatan 22 orang penumpang (termasuk 3 orang di atas bumbung) serta segala muatan barang (termasuk ayam, pukat dan lain-lain).

01.30 t/hari:
Berhenti makan tengah hari di Tra Peang Roung di sebuah kedai makan Islam yang boleh berbahasa Melayu.

02.45 petang:
Tiba di Koh Kong dan terus ke Masjid Poh Buong untuk solat jama’ Zuhur/Asar. Tumpang bersama kami seorang warga British, Simon Black, 22 tahun.

04.15 petang:
Bertolak ke empadan Thailand dengan teksi seorang warga Kemboja beragama Islam, Abdul Karim yang boleh berbahasa Melayu.

04.30 petang:
Masuk ke Thailand (Pekan Had Lek).

05.15 petang:
Bertolak ke Trat dengan van pick-up dan singgah di Khlong Yui selama ½ jam.

07.35 malam:
Tiba di Trat.

08.00 malam:
Bertolak ke Bangkok dengan bas ekspres.


Hari Ke-7 / Ahad / 9 November 2008

12.45 malam:
Tiba di Stesen Bas Mochit, Bangkok dan menaiki teksi ke Stesen Keretapi Bangkok, tetapi stesen telah ditutup. Kemudian mengambil tuk-tuk ke Masjid Mohanak.

02.15 pagi:
Solat Jama’ Maghrib/Isya’ di tepi Masjid Mohanak kerana masjid telah dikunci.

03.00 pagi:
Membeli belah di sepanjang jalan di hadapan Masjid Mohanak yang baru memulakan perniagaan sehingga ke waktu pagi.

06.00 pagi:
Solat Subuh di Masjid Mohanak.

09.00 pagi:
Sarapan pagi di sebuah restoran muslim di tepi stesen keretapi.

09.30 pagi:
Bersiar-siar di sekitar bandaraya Bangkok, kawasan-kawasan perniagaan dengan dipandu oleh Adun Wab (rakyat Thailand dari Chiang Mai) yang fasih berbahasa Melayu.

04.30 petang:
Keretapi ke Sungai Golok bertolak.


Hari Ke-8 / Isnin / 10 November 2008

01.30 t/hari:
Tiba di Stesen Keretapi Sungai Golok.

02.00 petang:
Membeli buah-buahan di Pekan Sungai Golok.

02.30 petang:
Masuk ke sempadan Malaysia di Rantau Panjang dan pulang ke Terengganu.

Tiada ulasan: