TEPAT jam 9.10 malam, pesawat Malaysia Airline System (MAS) berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM), Kuala Terengganu menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Pesawat Boeing 737-400 itu turut membawa dua orang anakku, Abdul 'Alim dan Abdullah Haris yang akan meneruskan pengajiannya di Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir setelah pulang ke tanah air hampir dua bulan lalu kerana anak ketigaku (Abdullah Haris) ditimpa penyakit.
Ibuku dan ibu mertuaku serta adik beradik dari sebelahku dan sebelah isteriku antara yang memenuhi ruang legar di LTSM yang agak sibuk juga ketika itu, kerana pada selang masa yang dekat iaitu 9.10 malam pesawat MAS, 9.15 malam pesawat Firefly (ke Subang) dan 9.20 malam pesawat AirAsia (ke LCCT Kuala Lumpur) dijadualkan berlepas.

Dalam suasana riuh-rendah gelak-tawa gurau-seloroh antara kami, jauh di sudut hati kami tercetus juga rasa sedih untuk berpisah dengan anak-anak yang kami sayangi ini. Abdul 'Alim akan menghabiskan pengajian untuk tempoh setahun lagi, sementara Abdullah Haris tiga tahun lagi.
Sepanjang hampir dua bulan mereka berada di kampung, keluarga kami berasa cukup selesa dan seronok, lebih-lebih lagi aku sebagai ayah mereka. Sebahagian beban dan tanggungjawab, sama ada dalam soal rumah tangga, bahkan juga aktiviti-aktiviti di surau dan masjid dapat diringankan. Tugas sebagai imam solat dan sekali-sekala sebagai pengajar di surau/masjid dapat dilepaskan kepada mereka berdua bila aku bermusyaqqah.

Sesungguhnya mereka adalah kebanggaan keluarga kami. Harapan yang sangat besar diletakkan atas bahu mereka bukan sahaja dari kami sekeluarga, bahkan masyarakat khususnya di kawasan kami. Sebab itulah sumbangan datang mencurah-curah dari orang kampung yang simpati dan meletakkan harapan yang besar terhadap mereka. Walaupun kedua-duanya belajar di luar negara tanpa satu senpun wang pinjaman atau biasiswa dari kerajaan, tetapi rezeki mereka tidak pernah putus. Itulah keberkatan yang Allah kurniakan kepada hamba-Nya yang berjuang di jalan-Nya. Dan itulah sebenarnya keyakinan yang ada pada kami selama ini dan selama-lamanya.
Marilah kita doakan agar Allah memberi kekuatan kepada mereka berdua untuk menggapai ilmu yang bermanfaat yang mereka tuntut di bumi anbiya' itu, seterusnya akan memanfaatkan pula ilmu itu untuk ummat ini. Semoga mereka sentiasa di dalam rahmat, barakah dan redha Allah SWT.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan