Majlis Kesyukuran sempena kemenangan PAS/PR dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen P.036 Kuala Terengganu yang diadakan semalam mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dari segenap lapisan rakyat di negeri ini.
Ia dihadiri oleh para penyokong PAS dan Pakatan Rakyat (PR) dari seluruh negeri ini. Turut serta juga ialah wakil dari PAS Kelantan, Ustaz Nik Mohd Amar Nik Abdullah Arshad.
Bermula jam 11.00 pagi, para tetamu tidak putus-putus mengunjungi majlis tersebut dan menikmati jamuan yang disediakan. Dianggarkan hampir 10,000 orang telah hadir memeriahkannya. Sebanyak enam ekor kerbau dan dua ekor lembu telah ditumbangkan bagi jamuan tersebut.
Lebih menarik lagi, ia dihadiri oleh segenap lapisan rakyat; dari rakyat bawahan, pekerja biasa hinggalah kepada para pegawai kerajaan dan para profesional. Tidak nampak rasa takut di wajah mereka yang hadir.
Suasana ini memberi gambaran bahawa mereka tidak lagi takut dengan ugutan dan ancaman dari Barisan Nasional dan mereka bersedia untuk memberi sokongan dan dokongan kepada PAS bersama Pakatan Rakyat.
Penyokong-penyokong dari kalangan bukan Melayu juga turut memeriahkan majlis tersebut. Mereka datang dan menjamu selera bersama-sama para tetamu lain.
Dalam majlis tersebut, diselang-seli dengan ucapan-ucapan dari para pemimpin parti-parti Pakatan Rakyat. Antara yang berucap ialah Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu, Dato' Haji Mustafa Ali; Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Haji Mohd Abdul Wahid Endut; Setiausaha Perhubungan PAS Negeri Terengganu, Haji Yahaya Ali; Ketua Angkatan Muda Keadilan Negeri Terengganu, Mohd Fariz Musa; dan Pengerusi DAP Cawangan Kuala Terengganu, Ng Chai Hing.
Sehingga jam 5.00 petang masih ada lagi tetamu yang datang meraikan majlis.
Malam Ilmunisasi Puisi Alam di Desa Gemalai kembalikan hakikat kehidupan
4 minggu yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan