PUSAT TARBIYAH KUALA NERUS

PUSAT TARBIYAH KUALA NERUS
Memohon derma dan sumbangan dari orang ramai untuk menyiapkan sebuah bangunan Pusat Tarbiyah

23 Februari 2009

'Double standard' dalam isu rasuah

Antara isu hangat yang berlaku sehari dua ini ialah tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengumumkan bakal mendakwa Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim atas tuduhan penyalahgunaan kuasa. Tindakan itu telah mendahului kuasa Jabatan Peguam Negara.

Tindakan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Ahmad Said Hamdan itu jelas menyalahgunakan kuasa beliau dan melanggar Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang memperuntukkan kuasa mendakwa hanya kepada Jabatan Peguam Negara.

Tindakan itu juga dilihat selari dengan usaha jahat dan terancang oleh Umno/BN yang mahu mengganggu gugat kestabilan kerajaan Negeri Selangor khususnya dalam keadaan tampuk pemerintahan negara bakal diambil alih oleh Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak.

Di manakah profesionalisme SPRM dalam mengendalikan siasatan kes-kes rasuah, yang melibatkan pemimpin-pemimpin Umno/BN yang sudah terlalu banyak dibuat aduan dan laporan sebelum ini.

Semua laporan yang dibuat itu seolah-olah dibakulsampahkan oleh pihak SPRM atau Badan Pencegah Rasuah (BPR) sebelum ini.

Tiba-tiba bila ada sahaja laporan yang dibuat oleh Umno/BN terhadap pemimpin-pemimpin pembangkang, mereka segera (terjun tak bertangga) menyiasat dan mengenakan pertuduhan atau pendakwaan.

Kita ingat apabila BPR diganti dengan SPRM dengan sifatnya sebagai sebuah suruhanjaya, ia akan lebih adil dan telus dalam melaksanakan tugasnya. Rupa-rupanya lebih teruk lagi daripada BPR dahulu. Nampak sangat sikap mengampu yang ditunjukkan oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM yang menjadi orang suruhan yang setia kepada tuannya.

Di sini sudah nampak 'double standard' mereka dalam bertindak atau dalam kata lain mereka membuat tindakan berpilih. Sepatutnya rakyat dapat melihat dengan jelas sikap golongan ini dan pastinya akan menolak BN dalam pilihan raya akan datang.

Tiada ulasan: