PUSAT TARBIYAH KUALA NERUS

PUSAT TARBIYAH KUALA NERUS
Memohon derma dan sumbangan dari orang ramai untuk menyiapkan sebuah bangunan Pusat Tarbiyah

22 Februari 2009

Terengganu bertugas di Cangkat Jering, Bukit Gantang


SEMALAM (Sabtu), saya bersama lima sahabat lain berkunjung ke kawasan Pilihan Raya Kecil Parlimen P.059 Bukit Gantang, Perak. Mereka terdiri daripada Haji Yahaya Ali, Setiausaha Perhubungan PAS Negeri Terengganu yang juga Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Negeri (JPN); Ustaz Ariffin Deraman, Setiausaha JPN; Ustaz Muhamad Zahid Yusof, Setiausaha PAS Kawasan Besut; Ustaz Md Fakhruddin Yasin, Pegawai JPN; dan Zam Zam Zakaria, petugas Pejabat Perhubungan PAS Negeri.

Kami bertolak dari Kuala Terengganu kira-kira jam 11.30 pagi dan mengambil Ustaz Zahid di Padang Luas, Jertih, Besut. Kami tiba di Taiping kira-kira jam 7.30 malam. Kami menginap di rumah abang sulung saya di Taman Perumahan Batu 2 1/2 Jalan Simpang.

Pada jam 9.00 malam, kami ke Markaz Tarbiyah PAS Negeri Perak di Air Kuning, kira-kira 7 km dari bandar Taiping. Di situ kebetulan ada taklimat dan motivasi kepada jentera petugas dari semua Unit Peti Undi (UPU) dalam Parlimen Bukit Gantang. Majlis yang dipengerusikan oleh Sdra Salman (Setiausaha JPN Perak) itu diisi dengan ucapan Haji Asmuni Awi (Pengarah JPN Perak merangkap Pengarah Operasi PRK P.059) dan ucapan Ustaz Haji Ahmad Awang (Pesuruhjaya PAS Negeri Perak merangkap Naib Presiden PAS).

Majlis diakhiri dengan penyampaian sumbangan awal dalam bentuk kewangan kepada setiap Majlis Tindakan DUN (MTD) dan UPU.

Selesai majlis, kami mengambil kesempatan untuk bertemu dengan wakil-wakil dari UPU yang diamanahkan kepada Terengganu untuk bertugas dalam PRK ini. Sebanyak enam UPU diberikan tanggungjawab kepada negeri Terengganu.

Selepas tamat majlis itu, kami dibawa untuk menjamu selera mee udang di Pekan Cangkat Jering.

Keesokan harinya, seawal jam 8.30 pagi, kami mula turun dari rumah penginapan untuk melawat keenam-enam UPU berkenaan. Kami bermula di UPU Pengkalan Aor, kemudian UPU Cangkat Jering, UPU Air Kuning, UPU Jelutong, UPU Bukit Gantang dan akhir sekali UPU Kampung Cheh.

Kami diberi taklimat di setiap UPU yang dilawati dan sekaligus dibawa melawat Bilik Gerakan masing-masing serta rumah penginapan yang bakal petugas kami duduki sepanjang tempoh bertugas dalam PRK nanti.

Selesai melawat UPU-UPU tersebut, kira-kira jam 1.00 tengah hari,kami bertolak pulang ke Terengganu dan tiba pada jam 9 malam.

Salah sebuah markas dalam Parlimen Bukit Gantang

Salah sebuah rumah yang akan kami sewa untuk petugas PRK Bukit Gantang

Tiada ulasan: