NISAN BERSANDING DUA
Di Kota Lama Kiri di kanan jalan ke Ipoh
termangu pusara
dihiasi nisan bersanding dua
Zulkifli - Asiah namamu kedua kami ukirkan
di batu pusara kuburmu
di hati ingatan kami.
Di Kota Lama Kiri di kanan jalan ke Ipoh
termangu pusara
dihiasi nisan bersanding dua
Zulkifli - Asiah namamu kedua kami ukirkan
di batu pusara kuburmu
di hati ingatan kami.
Bertahun masa berlalu
ratap dan tangis menyepi sunyi
kini kenangan datang menghiba
melihat nisan bersanding dua
sejarahmu gemilang dibaca orang
menyedarkan Melayu tentang nasibnya
membangun muslimin bangkit berjuang
menegakkan agama mendaulatkan hukumnya.
Mana mujahid mana pejuang
mana yang tumbuh setelah patah
mana pengganti setelah hilang
jangan tanya semua ini
kau dan aku kita semua
pembuat sejarah
bukan hanya asyik membaca.
Nisan bersanding dua
melambangkan "hidup sekata mati bersama".
Khidhir Khatib
11 Ogos 1966
Tiada ulasan:
Catat Ulasan