PUSAT TARBIYAH KUALA NERUS

PUSAT TARBIYAH KUALA NERUS
Memohon derma dan sumbangan dari orang ramai untuk menyiapkan sebuah bangunan Pusat Tarbiyah

10 Februari 2009

5 - 4 + 4 = 5


Anak lelakiku ada lima orang. Empat daripadanya sedang belajar dan berada di sekolah atau pusat pengajian masing-masing, sama ada dalam atau luar negara. Sekarang yang tinggal di rumah ialah baki seorang lagi anak lelaki bersama empat orang anak perempuan, yang jumlahnya menjadi lima orang sahaja yang tinggal. Itulah kedudukan terkini sehingga hari ini.

Pada hari ini seorang lagi anak lelakiku berjaya melanjutkan pelajaran ke Sekolah Menengah Sains Kuala Terengganu (SESTER), sebuah sekolah berasrama penuh (SBP) dalam tingkatan empat setelah berjaya memperoleh 8A dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) baru-baru ini.

Pada jam 9.30 pagi tadi, aku bersama ibu dan isteriku menghantar anakku Ahmad Farid Luqman untuk mendaftar di SESTER yang terletak di Jalan Pasir Panjang, Kuala Terengganu.

Seramai 107 orang pelajar dari seluruh negara (tidak termasuk Sabah dan Sarawak) telah mendaftar untuk memasuki tingkatan empat sekolah tersebut hari ini.

Para ibu bapa dan keluarga yang datang menghantar anak-anak mereka mendaftar pada hari ini telah disambut dengan penuh mesra oleh pelajar-pelajar dan guru-guru serta dijamu makan tengah hari di kantin asrama sekolah tersebut.

Kami mendoakan agar Farid mampu mencapai cita-citanya untuk menjadi seorang doktor perubatan suatu hari nanti, insya' Allah.

Farid sedang bersalam dengan Pengetua dan guru SESTER sebagai simbolik penyerahan pelajar


Tiada ulasan: