PUSAT TARBIYAH KUALA NERUS

PUSAT TARBIYAH KUALA NERUS
Memohon derma dan sumbangan dari orang ramai untuk menyiapkan sebuah bangunan Pusat Tarbiyah

03 Mac 2009

Beberapa aktiviti di Seberang Takir

SEBERANG TAKIR: Untuk beberapa hari terdekat ini, beberapa acara telah disusun di sekitar Seberang Takir ini. Antaranya ialah program untuk Gaza Palestin, mesyuarat agung PAS Cawangan dan persiapan rombongan untuk ke program Himpunan 100 Ribu Membantah PPSMI di Kuala Lumpur. Selain itu majlis-majlis sempena Sambutan Maulidur-Rasul SAW juga diatur.

Bagi program sokongan terhadap Palestin, Lajnah Jabatan Kerajaan Swasta dan Badan Bukan Kerajaan (JKS & NGO) PAS Kawasan Kuala Nerus telah merancang untuk mengadakan beberapa aktiviti di sini. Pada hari Rabu 4 Mac, kempen sokongan dan kutipan derma akan diadakan di Pasar Malam Kampung Baru dekat sini.

Sementara pada Khamis 5 Mac pula, bertempat di Masjid Kampung Batin, satu kuliah khas mengenai Palestin bersekali dengan tayangan video/slaid akan diadakan selepas solat Maghrib.

Pada keesokannya pula (Jumaat 6 Mac), kempen akan diteruskan di Pasar Pagi Teluk Ketapang yang akan dikendalikan oleh Penyelaras Muslimat DUN. Kemudian diikuti dengan Khutbah Jumaat Khas di Masjid Kampung Batin dan pameran Palestin juga turut diadakan di situ.

Sementara itu, pada hari Jumaat ini juga, tiga Cawangan PAS di sini akan mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan masing-masing, iaitu Cawangan Teluk Ketapang, Cawangan Bukit Tok Beng dan Cawangan Seberang Takir. Ia akan turut dihadiri oleh wakil PAS Kawasan Kuala Nerus.

Majlis Tindakan DUN (MTD) Seberang Takir juga sedang menyelaraskan rombongan yang akan menyertai program Himpunan 100 Ribu Membantah PPSMI yang akan diadakan pada 7 Mac ini di Istana Negara, Kuala Lumpur. Di peringkat Cawangan, usaha-usaha sedang dibuat bagi mengerahkan seramai mungkin ahli dan penyokong untuk menyertainya. Adalah dijangkakan, rombongan dari DUN ini akan berlepas sebelum atau sesudah Subuh hari berkenaan (Sabtu) bagi menyertai program yang diatur pada jam 2 petang itu.

Sempena dengan Sambutan Maulidur-Rasul SAW, di peringkat DUN ini telah disusun beberapa program seperti ceramah, kuliah dan sebagainya yang akan diadakan di masjid dan surau sekitar DUN ini.

Antaranya ialah Forum Maulidur-Rasul SAW akan diadakan pada 12 Mac jam 9 malam di Surau Ayah Hitam Wan Ali, Kampung Baru. Forum itu akan membariskan ahli-ahli panel yang terdiri daripada Ustaz Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri (Darul-Fuqaha) dan Ustaz Mohd Fauzi Mustafa (Pengerusi Al-Kuliyyah TV3).

Diharap semoga program-program yang diatur itu akan mendapat sambutan yang baik dari masyarakat khususnya di sekitar kawasan Seberang Takir ini dan menghasilkan natijah yang baik.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

salam...

http://daus.via.my
http://dauscyber.via.my