Negeri Perak di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat (PR) semalam telah mencipta satu rekod baru, bukan sahaja di Malaysia, bahkan rekod dunia. Dua rekod telah dicipta iaitu persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) diadakan di bawah pokok angsana yang jaraknya kira-kira 100 meter dari bangunan Setiausaha Kerajaan (SUK) Perak. Satu rekod lagi ialah keputusan mahkamah paling cepat di dunia apabila perintah injunksi untuk menghalang sidang DUN yang dibawa oleh BN pada jam 9 pagi telah mendapat keputusan pada jam 4 petang hari yang sama.
Peristiwa yang berlaku di Perak ini mengingatkan kita kepada filem lagenda arahan Allahyarham Tan Sri P.Ramlee pada tahun 1970-an dahulu iaitu Laksamana Do Re Mi yang mengisahkan rampasan kuasa di negeri Pasir Bedengung hingga menyebabkan sultannya bertakhta di bawah pokok.
Sebelum ini mungkin kita tidak pernah terbayang peristiwa seperti dalam filem itu akan menjadi suatu realiti, lebih-lebih lagi dalam zaman yang serba maju hari ini. Benarlah kata orang bahawa P.Ramlee melihat sesuatu di luar imaginasi yang akhirnya menjadi realiti.
Dunia menyaksikan peristiwa aneh di Perak itu. Bagaimana sebuah negara yang bertamadun boleh berlaku perkara yang seumpama itu? Itulah hakikatnya apabila manusia tidak lagi menggunakan pertimbangan akalnya sehingga sanggup mengambil hak orang lain dan menyekat hak itu dari dilaksanakan. Mereka telah memperalatkan anggota keselamatan untuk menghalang ADUN yang dipilih secara sah oleh rakyat untuk melaksanakan tugas mereka. Tidak cukup dengan itu, mereka juga menggunakan 'samseng' Umno untuk menimbulkan provokasi dalam suasana panas dan tegang di hadapan bangunan SUK itu.
Walaupun sebahagian pihak mengatakan persidangan itu tidak sah, tetapi bagi Speaker dan anggota ADUN dari PR mereka tetap berpendirian bahawa ianya adalah sah kerana itu sahaja pilihannya apabila usaha untuk bersidang di tempat yang 'diwartakan' dihalang.
Bahkan yang jelasnya ramai di kalangan pengamal undang-undang berpandangan bahawa sidang itu adalah sah berpandu hujah-hujah mereka yang konkrit.
Cuma kita agak terkilan juga apabila mahkamah 'mee segera' yang membuat keputusan begitu cepat sekali. Padahal permohonan saman yang dibuat oleh Dato' Seri Mohamad Nizar Jamaluddin, Menteri Besar Perak ke atas Dato' Dr Zambry Abdul Kadir di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sejak bulan Februari lalu sampai sekarang asyik tukar hakim, tangguh dan keputusan tidak tahu bila akan dibuat.
Inilah jadinya apabila kuasa eksekutif sudah mempengaruhi kuasa kehakiman. Hakim-hakim seolah-olah menjadi takut.
Semoga peristiwa yang berlaku di Perak itu akan merupakan suatu permulaan ke arah kebaikan dan kejayaan yang bakal dicapai oleh PR, insya' Allah.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan