PUSAT TARBIYAH KUALA NERUS

PUSAT TARBIYAH KUALA NERUS
Memohon derma dan sumbangan dari orang ramai untuk menyiapkan sebuah bangunan Pusat Tarbiyah

29 Mac 2009

Bermulanya 'perang' secara rasmi


HARI ini (Ahad) adalah hari penamaan calon bagi ketiga-tiga pilihan raya kecil di negara ini, iaitu Parlimen Bukit Gantang di Perak, DUN Bukit Selambau di Kedah dan DUN Batang Ai di Sarawak.

Saya berkesempatan untuk bersama-sama mengiringi calon PAS, Dato' Seri Ir Haji Mohamad Nizar Jamaluddin bagi kerusi Parlimen P.059 Bukit Gantang. Proses penamaan calon telah berlangsung di Majlis Perbandaran Taiping.

Para penyokong PAS dan Pakatan Rakyat (PR) sejak awal pagi lagi telah membanjiri bandar Taiping. Di Masjid Daerah (Masjid Jambu), solat Subuh terpaksa diadakan tiga giliran kerana tidak mampu menampung para jamaah untuk sekaligus.

Dalam laporan berita TV hari ini, mereka tidak berani menyebut bilangan penyokong yang mengiringi calon masing-masing. Tetapi apa yang jelas, penyokong PR jauh lebih besar dari penyokong BN. Kalau media arus perdana menyebut bilangan penyokong BN ialah 5,000 orang, maka sudah pasti bilangan penyokong PR ialah tidak kurang daripada 15,000 orang. Setiap lorong dan jalan di bandar Taiping dipenuhi oleh para penyokong PR.

Mungkin klip video ini boleh menjelaskan angka sebenar penyokong kedua-dua belah pihak. Anda kiralah sendiri berapa jumlahnya!

Lebih malang lagi bagi BN hari ini bila sebilangan penyokongnya berbalah sesama sendiri. Mungkin ekoran dari keputusan pemilihan jawatan dalam Perhimpunan Agung Umno baru-baru ini yang menimbulkan rasa tidak puas hari di kalangan mereka.

Maka hari ini bermulalah 'perang' secara rasmi bagi pilihan raya kecil ini yang dikira sangat penting bagi setiap parti yang menyertainya. Bagi PAS dan PR ia dianggap sebagai suatu referendum rakyat, manakala BN pula akan berhempas pulas untuk merampas kerusi ini sebagai ujian pertama kepada barisan kepimpinan baru mereka.

Tiga beranak yang turut serta dalam Penamaan Calon PRK Bukit Gantang

Ini bukan penjual ubat, tetapi penyokong dari Kg Duyung Seberang Takir

Penyokong PR dari DAP Sungai Siput

Penyokong PR dari DAP

Anak kecil India yang bersemangat

Tiada ulasan: