PUSAT TARBIYAH KUALA NERUS

PUSAT TARBIYAH KUALA NERUS
Memohon derma dan sumbangan dari orang ramai untuk menyiapkan sebuah bangunan Pusat Tarbiyah

27 Mac 2009

Seronoknya berkempen di Bukit Gantang

Ziarah seorang pesakit polio dan diabetes di Taman Mas

BUKIT GANTANG: Tinggal 11 hari lagi menjelang hari pembuangan undi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen P.059 Bukit Gantang. Walaupun penamaan calon belum dilangsungkan lagi, tetapi suasana kempen di sini semakin rancak. Petugas-petugas terutamanya di pihak PAS dan Pakatan Rakyat (PR) sedang giat melaksanakan kerja-kerja dalam siri kempen ini.

Di Unit Peti Undi (UPU) Air Kuning dalam DUN Cangkat Jering, para petugas pembantu dari PAS Kawasan Kuala Nerus bagi Gelombang Kedua begitu bersemangat mengatur gerak kerja dengan pelbagai program bagi menarik sokongan pengundi.

Antara gerak kerja yang dilaksanakan di sini ialah memasang bahan-bahan kempen seperti membina pintu gerbang dan memasang poster. Sebuah pos (markas kecil) telah dibina di jalan masuk ke Taman Kuning Sari yang menempatkan petugas Kuala Nerus.

Gerak kerja lain yang dijalankan ialah ziarah ke rumah-rumah pengundi bagi mengenalpasti pengundi di kawasan ini. Ziarah dibuat sambil membawa buah tangan, keropok Terengganu untuk para pengundi di sini.

Sambutan yang diberikan oleh penduduk di sini sangat memberangsangkan, terutamanya pengundi kaum India dan Cina. Mereka memberi kerjasama yang baik kepada para petugas PAS. Mereka tidak sedikit pun nampak 'takut' kepada petugas PAS yang datang ke rumah mereka walaupun yang lelakinya berkopiah dan muslimat yang berpurdah. Ada yang sampai mempelawa kami masuk ke rumah mereka. Suasana ini memberi rasa seronok kepada para petugas.

Ziarah pesakit di rumah juga turut dilakukan sambil membuat pemeriksaan kesihatan kepada pesakit oleh doktor.

Selain itu, siri ceramah berkelompok juga sudah diatur di beberapa rumah di sekitar taman-taman perumahan di sini. Juga turut dilaksanakan ialah majlis bacaan Yasin dan tahlil.

PAS Kawasan Kuala Nerus juga sudah merancang untuk mengadakan Hari Keluarga di Taman Kuning Sari yang akan melibatkan para penduduk di sekitar taman ini pada 4 April hadapan. Program tersebut akan diisi dengan sukaneka, pemeriksaan kesihatan, penyampaian hadiah dan ceramah umum pada sebelah malamnya.

Dr Alias Razak yang menjadi mas'ul (ketua) bagi gelombang kedua ini berharap program-program yang diatur itu mampu mendekatkan para pengundi di sini kepada PAS sekaligus menarik sokongan mereka kepada parti ini dalam pilihan raya nanti.

Gambar-gambar sekitar gerak kerja kempen di UPU Air Kuning:

Gambar kenangan di rumah keluarga India di Taman Mas

Ziarah seorang pesakit di Taman Kuning Sari

Berbincang sebelum ziarah rumah ke rumah

Setiausaha G.2, Ustaz Khairul Aswani sedang mengatur jadual harian

Memikul buluh untuk bina pintu gerbang di Taman Kuning Sari

Tiada ulasan: