ESOK sesi persekolahan akan bermula balik. Hari ini anak-anak yang belajar di luar atau tinggal di asrama sudah mula balik ke sekolah atau pusat pengajian masing-masing. Setelah menghantar dua anak lelakiku ke asrama, rumah kami jadi sepi dari suara anak-anak lelaki. Kebetulan anak lelaki sulung bertugas di Bukit Gantang (Pilihan Raya Kecil Parlimen P.059) sejak Jumaat lalu.
Lelaki di rumah ini hanya ayahnya sahaja. Sementara yang lain, ibunya dan empat orang anak perempuan.
Jadual hari ini agak padat dengan kenduri walimah untuk hari terakhir bagi sesi cuti kali ini. Sebanyak lima majlis dihadiri hari ini. Ini tidak termasuk satu jamuan tengah hari di Sekolah Sains Kuala Terengganu (SESTER) sempena Mesyuarat Agung PIBG dan Majlis Pemuafakatan Bestari 2009.
Di SESTER, kami menghantar Ahmad Farid Luqman, anak keenam ke asrama, sekaligus menghadiri Mesyuarat Agung PIBG. Di situ kami bertemu dua pasangan sahabat lama yang agak sekian lama tidak berjumpa. Anak-anak mereka juga belajar di sekolah itu.
Sementara itu, malam ini selepas kuliah di Surau An-Nur, Teluk Ketapang kami menghantar pula anak kelima kami, Muhammad Nasih Ulwan untuk menaiki bas di Hentian Bas Majlis Bandaraya Kuala Terengganu. Destinasi beliau ialah Kuala Lumpur dan seterusnya ke Nilai, Negeri Sembilan untuk ke Kampus Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
Barangkali esok (Ahad), rumahku akan terus sepi dari suara lelaki kerana aku juga insya' Allah, akan ke Bukit Gantang membantu gerak kerja PRK P.059. Itulah lumrah dalam kehidupan kami, ada yang ditinggalkan untuk tempoh tertentu. Yang berpergian melaksanakan perjuangan dan yang ditinggalkan juga meneruskan perjuangan di medan yang sedia ada.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan