PUSAT TARBIYAH KUALA NERUS

PUSAT TARBIYAH KUALA NERUS
Memohon derma dan sumbangan dari orang ramai untuk menyiapkan sebuah bangunan Pusat Tarbiyah

17 Mac 2009

Isteri Dr Abas meninggal

Dikemaskini SEBERANG TAKIR: To' Puan Fauziah Haji Yaacub, 64, isteri kepada Dato' Dr Abdullah @ Abas Abu Bakar telah menghembuskan nafas terakhir pada jam 2.45 pagi tadi (Selasa). Almarhumah meninggal di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu setelah dimasukkan ke situ dalam keadaan koma setelah mengalami strok sejak sebulan lalu.

Dato' Dr Abdullah atau lebih dikenali di sini sebagai Dr Abas atau Ustaz Abas adalah bekas Ketua Hakim Syar'ie Negeri Terengganu dan bekas Pengarah Yayasan Islam Terengganu.

Almarhumah berasal dari Kota Bharu, Kelantan merupakan kakak kepada Hussamuddin bin Haji Yaacub, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) yang juga Pengarah Urusan Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd dan Fickry Haji Yaacub, Pengarah Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd yang menerbitkan akhbar Sinar Harian dan beberapa majalah lain.

Almarhumah meninggalkan dua orang anak lelaki. Jenazahnya akan disembahyangkan di Surau An-Nur, Kampung Telaga Daing dekat sini jam 3.00 petang dan disemadikan di Tanah Perkuburan Kampung Hulu Takir, iaitu kampung Dr Abas.

Antara pemimpin yang bersama-sama menziarahi dan menyembahyangkan jenazahnya ialah Dato' Wan Abd Muttalib Embong, Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu; Dato' Abu Bakar Chik, Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu; dan Ustaz Abu Bakar Abdullah, Yang Dipertua PAS Kawasan Kuala Nerus. Turut sama ialah Dato' Tengku Hassan Tengku Omar, ADUN Ladang; dan Dr Alias Razak, ADUN Bukit Tunggal.

Al-Fatihah untuk Almarhumah...

Tiada ulasan: