PUSAT TARBIYAH KUALA NERUS

PUSAT TARBIYAH KUALA NERUS
Memohon derma dan sumbangan dari orang ramai untuk menyiapkan sebuah bangunan Pusat Tarbiyah

15 Mac 2009

Musim kahwin datang lagi...

Harmy Nizam sedang diaqadnikahkan oleh Haji Abd Razak

Cuti sekolah sudah bermula sejak Jumaat lalu (bagi negeri-negeri Terengganu, Kelantan dan Kedah). Seperti musim-musim cuti yang lalu, banyak sekali kenduri kahwin diadakan. Musim-musim begini biasanya keluarga yang jauh terutamanya mudah untuk berkumpul, maka kesempatan itu diambil untuk mengadakan kenduri-kendara.

Maka bertimbun-timbunlah kad jemputan 'walimah' yang bertandang ke rumah kita untuk dipenuhi. Antara rekod paling banyak saya menerima jemputan majlis kenduri walimah ini ialah sebanyak 15 majlis dalam sehari. Maka terpaksalah 'start' dari awal mula majlis (biasanya jam 11.00 pagi) sampailah ke hujung senja. Kadang-kadang sampai terlepas waktu yang ditetapkan (biasanya jam 6.00 petang). Tetapi apa yang penting ialah dapat bertemu dengan tuan punya kerja.

Musim cuti kali ini, tidaklah banyak sangat kad-kad yang diterima, cuma hari Jumaat ada satu, semalam (Sabtu) ada tujuh dan hari ini (Ahad) empat, esok (Isnin) ada satu, Selasa ada satu, Jumaat dan Sabtu hadapan masing-masing ada empat.

Biasanya saya akan pergi semua majlis-majlis berkenaan bersama isteri. Jika berhalangan, misalnya bertembung dengan program di luar, saya akan pergi lebih awal untuk bertemu dengan tuan rumah. Kalau tidak sempat juga, saya akan pergi selepas majlis.

Antara majlis perkahwinan yang agak istimewa yang saya hadiri hari ini ialah majlis aqad nikah Harmy Nizam Muhamid dengan pasangannya Norshahimah Abd Aziz. Harmy Nizam adalah Ahli Jawatankuasa Pemuda PAS Cawangan Teluk Kepatang.

Majlis berlangsung di rumah pengantin perempuan di Kampung Padang, Batu Buruk, dekat dengan Surau Haji Yusof.

Turut melangsungkan perkahwinan pada hari ini ialah Zulkefli Ngah, Bendahari PAS Cawangan Kampung Baru Seberang Takir. Beliau yang sekian lama 'bertahan', akhirnya kahwin juga pada usia hampir 45 tahun. Majlis kenduri diadakan di rumah keluarganya di Kampung Hulu Takir.

Seorang lagi pengantin baru hari ini ialah Ahmad Izani Abdul Ghani, anak saudara kepada YB Dato' Tengku Hassan Tengku Omar. Majlis dilangsungkan di rumahnya di Lorong Tok Payung, Kuala Ibai.

Kepada semua yang melangsungkan perkahwinan itu, saya ucapkan "Selamat Pengantin Baru", semoga diberkati Allah dan bahagia hidup dunia akhirat.

Harmy Nizam dan isterinya Norshahimah

Ahmad Izani Abd Ghani dan isteri bersama Ustaz Md Fakhruddin dan Zakaria

Tiada ulasan: