Mesir yang telah mempusakai pengetahuan dan tamdun Islam dari kejatuhan Islam di Barat, telah menjadi pusat pengajian tinggi Islam dengan wujudnya Universiti Al-Azhar pada 359 Hijrah (970 Masihi). Di sinilah tempat tumpuan penuntut dari seluruh dunia untuk mendalami ajaran Islam, dan di Malaysia pun telah ramai yang telah mendapat ijazah dari Al-Azhar itu.
Kemasyhuran Universiti Al-Azhar telah juga diketahui oleh Zulkifli Mohamad. Hasrat untuk melanjutkan pelajaran ke Al-Azhar itu lahir dan menonjol. Di samping Al-Azhar, terdapat pula Universiti Darul-'Ulum, American University dan lain-lain.
Zulkifli yang mempunyai otak yang tajam itu telah dinasihati oleh Mufti Perak, Tuan Haji Ismail Hamzah supaya menyambung pelajarannya ke Mesir. Mereka sekeluarga berbincang, dan setelah mendapat keizinan ayah dan bondanya, Zulkifli dibenarkan ke Mesir dengan syarat ada pembantunya.
Dengan tidak disangka-sangka dari takdir Allah, wanita Mesir yang telah dapat teman hidup dengan anak Malaysia, iaitu Sayyidah Samiyah, isteri kepada Sheikh Hamzah Mu'ti, yang pernah belajar di Al-Azhar dahulu ingin pulang ke tanahairnya Mesir, yang pada masa itu tinggal di Manong, dekat Kuala Kangsar, Perak.
Dengan pertolongan Sultan Abdul Aziz, Perak, maka Zulkifli dan wanita Mesir itu bertolak ke Singapura untuk meneruskan pelayarannya menuju ke Port Said, pelabuhan Mesir. Mereka berdua menaiki kapal tentera British, kerana ketika itu adalah suasana perang, dan kapal inilah agak lebih selamat.
Di Mesir, Zulkifli telah memasuki Universiti Al-Azhar. Kira-kira dua tahun kemudian beliau bersama-sama Yusuf Zaki Ya'akob dan Fauzi Abbas (Indonesia) telah berbincang untuk meninggalkan Al-Azhar dan memasuki American University. Ketiga-tiga sabahat itu bersetuju memasuki American University dalam Kuliyyah at-Tarbiyah.
Di Mesir, Zulkifli telah menemui Tuan Haji Idris al-Marbawi yang telah sampai ke Mesir tahun 1923 setelah belajar di Kelantan selama dua tahun.
Zulkifli telah mendaftarkan diri menjadi ahli Persatuan Melayu Mesir pada 20 Oktober 1947, dan beliau tinggal di sebuah rumah yang dijadikan petak-petak dan bilik-bilik untuk menjadi asrama mahasiswa luar negeri yang belajar di Mesir sebagai asrama sementara.
Semangat belajar yang telah dibawa dari rumahnya itu dilaksanakan di negeri yang bersejarah itu. Kesungguhan belajar pada mulanya sangat kuat, tetapi kemudian bertukar corak, di mana beliau lebih menumpukan kepada pembacaan buku-buku sendiri. Beliau lebih berminat membaca buku luar dari buku-buku teks. Ini menyebabkan beliau mengalami kegagalan. Oleh kerana itulah beliau bertukar ke American University.
Pada suatu hari hujan turun dengan lebatnya, beliau turun dari rumah untuk memasuki kuliah, tiba-tiba beliau rebah dan basah pakaiannya. Namun demikian, beliau terus juga ke kuliah dengan keadaan demikian. Ketegasannya ditunjukkan di mana-mana dan kecekalan tidak mudah dipatahkan. Beliau suka berterus terang dan suka membantu kawan-kawan. Pernah menguruskan Ustaz Zaki Ya'akob memasuki hospital di Mesir.
Zulkifli yang berminat dengan persatuan telah diberi tugas sebagai Ketua Penerangan setelah menganggotai pertubuhan itu pada 20 Oktober 1947. Pada tahun 1948 pula beliau dilantik menjadi Ketua Umum Persekutuan Putera Semenanjung itu. Jawatan itu dipegang sehingga tahun 1950. Pada tahun 1951 pula, beliau menjadi Penasihat kepada persatuan ini sehingga tahun 1952. Zulkifli juga mewakili anak-anak Melayu Asia Tenggara untuk memberi ucapan kepada belia-belia Mesir dan dalam muktamar-muktamar.
Kebolehan berucap dengan bernas telah menjadi beliau dikenali umum dan pemikirannya dihormati. Beliau menjadi tempat perbincangan bila ada ketua negara atau pemimpin mana-mana negeri Melayu yang berkunjung ke sana. Beliau pernah dikunjungi oleh Sutan Shahrir, Perdana Menteri Indonesia dan Menteri Luarnya, Haji Agoes Salim.
Semangat kemerdekaan yang telah ada pada Zulkifli Mohamad sejak dari Malaysia lagi telah ditunjukkan di Mesir ketika menyokong gerakan Indonesia menentang penjajahan Belanda. Beliau mengharapkan bahawa penyatuan Malaya, Indonesia dan lainnya supaya menjadi suatu bangsa yang besar. Di samping itu gerakan Mesir menentang penjajahan juga dibantu oleh Persatuan Melayu Mesir yang beliau seorang pemimpinnya. Akibat dari kemerdekaan Mesir itu, suatu tapak tanah rumah Melayu Mesir hari ini adalah hadiah dari Presiden Gamal Abdul Nasir sebagai mengenang jasa anak-anak Melayu Malaysia.
Usaha untuk mengadakan sebuah asrama anak-anak Melayu di Mesir, Zulkifli ikut sama berusaha mendapatkan wang dan sumbangan dari negeri-negeri dan Majlis Agama Islam Negeri-Negeri, yang akhirnya terdirilah sebuah asrama anak-anak Melayu untuk menjadi tempat tinggal dan pusat kegiatan mahasiswa Timur Tengah. Dari sinilah lahirnya tokoh-tokoh agama yang memberi sumbangan kepada tanahair dalam bidang pendidikan, politik, ekonomi dan lain-lain.

(Bersambung)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan