PUSAT TARBIYAH KUALA NERUS

PUSAT TARBIYAH KUALA NERUS
Memohon derma dan sumbangan dari orang ramai untuk menyiapkan sebuah bangunan Pusat Tarbiyah

05 Mac 2009

Tanda cakna


SEBERANG TAKIR: Antara kegiatan rutin yang dijalankan oleh PAS Cawangan Teluk Ketapang ialah program ziarah. Malam tadi, Ketua PAS Cawangan, Zakaria Dagang bersama 10 orang ahli jawatankuasa yang lain telah melakukan ziarah kepada seorang pesakit di Kampung Teluk Ketapang.

Zainal Abidin Kassim, 28, yang mengidap penyakit kanser usus baru sahaja keluar dari Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu setelah menerima rawatan selama hampir sebulan yang lalu dan telah menjalani pembedahan di hospital tersebut.

Beliau yang berasal dari Kampung Basong, Kuala Berang yang masih bujang kini tinggal bersama kakaknya di sini setelah dibenarkan keluar dari HSNZ.

Selain dari mengambil ubat yang dibekalkan oleh pihak HSNZ, keluarga beliau juga berikhtiar melalui cara perubatan tradisional.

Anggota rombongan turut mendoakan beliau agar disembuhkan Allah. PAS Cawangan juga menghulurkan sedikit sumbangan kepada beliau.

Tiada ulasan: