PUSAT TARBIYAH KUALA NERUS

PUSAT TARBIYAH KUALA NERUS
Memohon derma dan sumbangan dari orang ramai untuk menyiapkan sebuah bangunan Pusat Tarbiyah

06 April 2009

'Alim dah 23 tahun hari ini

Hari ini 6 April 2009 adalah hari ulangtahun ke-23 kelahiran anak kedua kami, ABDUL 'ALIM. Kebetulan pula pada hari ini saya bersama ibunya dan adik bongsunya (ye ke?) sedang berada di Bukit Gantang, Perak untuk membantu gerak kerja Pilihan Raya Kecil P.059 di sini yang akan berlangsung esok (7 April 2009). Tetapi walau di mana sahaja kami berada, tarikh ini tetap kami ingati, kerana ia memberi makna yang sangat besar kepada kami.

Sebagaimana anak pertama kami, kelahiran Abdul 'Alim kami sambut dengan penuh rasa gembira. Kami menamakannya dengan Abdul 'Alim dengan harapan agar dia bakal menjadi orang yang berilmu dan seorang ulama'.

Sesungguhnya 'Alim pada zaman kanak-kanaknya telah memberi ujian yang besar kepada kami. Allah telah takdirkan kepadanya sentiasa ditimpa bermacam-macam penyakit. Kami sentiasa berulang-alik ke hosptal, klinik dan bertemu dukun untuk mengubati penyakit-penyakit yang menimpanya.

Rupa-rupanya itu satu harga yang sangat mahal untuk kami bayar bagi kami perolehi hasil pada hari ini. Moga-moga Allah makbulkan doa dan harapan besar kami.

Nota: Maaf Lim! Ayah tak sempat nak cerita panjang-panjang kerana masa yang sangat suntuk.

3 ulasan:

sesterianz berkata...

huhu..beso doh lah ablim..selamat ari jadie ke ablim dr bdop sester..

pokteh Rĕ kg. baru serada berkata...

assalaamualaikum...

berase macang ge rajing tengok... duaaaaaaaner..?

Naseh Ulwan berkata...

ablim blh nikoh r pas ni..balik bln 7 tekgi pahtu tunang lallu.. huhu.. kira 3 pasang r yg akan nikoh taun ni tmasuk abang n kekti