PUSAT TARBIYAH KUALA NERUS

PUSAT TARBIYAH KUALA NERUS
Memohon derma dan sumbangan dari orang ramai untuk menyiapkan sebuah bangunan Pusat Tarbiyah

16 April 2009

Helmi kemalangan jalan raya

KUALA TERENGGANU: Mohd Helmi Abdullah, seorang aktivis remaja/pemuda telah terlibat dalam satu kemalangan jalan raya di Kampung Banggol Pauh dekat sini hari ini. Kejadian yang berlaku pada kira-kira jam 10.00 pagi tadi itu membabitkan sebuah motorsikal yang ditunggang oleh Helmi bertembung dengan sebuah van.

Akibat kemalangan itu, beliau mengalami patah paha kiri dan sedang dirawat di Wad 4EF Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu.

Helmi adalah seorang pemuda yang sangat aktif dalam program-program yang melibatkan kanak-kanak dan remaja di sekitar Seberang Takir. Beliau banyak membimbing kanak-kanak dan remaja melalui program usrah, qiyamullail dan sebagainya.

Malam ini misalnya beliau sudah merancang untuk mengadakan program qiyamullail untuk para remaja yang dijadualkan akan diadakan di Surau An-Nur, Teluk Ketapang. Program tersebut akan diteruskan walaupun tanpa kehadiran beliau kerana persiapan sudah dibuat.

Beliau dijangka akan menjalani pembedahan bagi memasukkan besi pada tulang pahanya yang patah itu.

Kita doakan semoga Helmi akan cepat sembuh dan dapat meneruskan kegiatannya, insya' Allah.

Tiada ulasan: