Semalam Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu mencatat sejarah apabila sepuluh orang wakil kerajaan diketuai oleh Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) membiokot sidang. Barangkali ini juga boleh dimasukkan dalam senarai "perkara-perkara yang tidak pernah dilihat oleh rakyat Terengganu" yang pernah dijanjikan oleh Barisan Nasional (BN) sebelum Pilihan Raya Umum Ke-11 lalu.
Sidang DUN yang masuk hari kedua itu telah diboikot oleh wakil kerajaan sendiri. Alasan yang diberi kerana mereka tidak mendapat jaminan keselamatan ke atas diri mereka setelah tiga orang daripada mereka menerima sistem mesej singkat (SMS) berbau ugutan bunuh.
Kalau betul takut, sepatutnya tiga orang yang terlibat itu sahaja yang takut. Yang tujuh orang lagi kenapa turut takut? Nampak sangat mereka ini pengecut. Kalau mereka betul-betul berjuang atas jalan yang benar, apa yang hendak ditakut. Inilah peluang untuk dapat "mati syahid", mati dalam perjuangan menegakkan kebenaran!
Kalau betul itu alasan mereka, sepatutnya mereka malu dengan Karpal Singh yang bukan sekadar terima SMS ugutan, tetapi terima peluru hidup yang dihantar ke rumahnya. Beliau dengan penuh berani dan semangat anak jantan datang ke Parlimen, sambil menyebut "Pemuda Umno celaka."
Insiden yang berlaku di Terengganu ini jelas menggambarkan bahawa Umno sedang berbalah teruk atau istilah Terengganu menyebut "baloh hangit". Dendam puak Idris Jusoh terhadap Ahmad Said tidak pernah padam sejak dari hari perlantikan beliau sebagai Menteri Besar lagi.
Maka Ahmad Said dituduh oleh puak Idris sebagai orang yang takut kepada bayang-bayang sendiri. Kalau begitu rupa sokongan yang diterima oleh Idris, memang ada alasan untuk Ahmad Said rasa takut. Mungkin bukan sepuluh orang ADUN itu sahaja yang menyokong Idris, bahkan dari kalangan anggota Exco sendiri ada yang menyokongnya. Cuma dalam suasana ini mereka takut untuk menzahirkan sokongannya.
Kalau mengikut perkiraan bilangan anggota dalam DUN Terengganu, atas nama kerajaan, Ahmad Said akan mendapat sokongan dari sepuluh orang Exco. Sementara daripada 13 orang wakil BBC, sepuluh sudah jelas bersama Idris, tiga orang lagi mungkin juga menyokong Idris, tetapi mungkin 'malu mata' terutama ADUN dari Bahagian Kemaman (Ketua Bahagiannya Ahmad Said sendiri) iaitu ADUN Kemasik dan ADUN Air Putih. Seorang lagi ADUN Hulu Besut, kita tidak pasti.
Walau apapun keadaannya, lapan orang ADUN PAS sudah tentu menjadi penentu dalam kemelut ini. Ini juga antara sebab utama Ahmad Said yang sebelum ini sangat 'gasang' terhadap wakil PAS, dilihat mengambil pendekatan berlembut dan banyak akur kepada kehendak PAS. Sebabnya beliau meungkin mengharapkan agar wakil-wakil PAS ini akan menolong beliau untuk terlepas dari kemungkinan undi tidak percaya terhadapnya yang diuar-uarkan itu.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan