PUSAT TARBIYAH KUALA NERUS

PUSAT TARBIYAH KUALA NERUS
Memohon derma dan sumbangan dari orang ramai untuk menyiapkan sebuah bangunan Pusat Tarbiyah

10 April 2009

Kabinet baru: MP BN Terengganu 'dok rok cetong'

Semalam, Perdana Menteri baru, Dato' Seri Mohd Najib Tun Abd Razak telah mengumumkan senarai barisan kabinet barunya. Senarai itu menampilkan 28 menteri dan 40 timbalan menteri bagi 25 kementerian. Sementara itu pula, enam menteri baru dilantik dan lapan menteri digugurkan.

Daripada senarai itu, hanya terdapat seorang sahaja Ahli Parlimen dari negeri Terengganu yang dilantik menduduki kabinet, iaitu Dato' Ahmad Shabery Cheek, Ahli Parlimen Kemaman.

Apa yang kita tahu bahawa Barisan Nasional (BN) Terengganu mempunyai enam orang Ahli Dewan Rakyat iaitu Dato' Dr Abdullah Md Zain (Besut), Dato' Mohd Jidin Shafee (Setiu), Dato' Mohd Nasir Ibrahim Fikri (Kuala Nerus), Mohd Nor Othman (Hulu Terengganu), Matulidi Jusoh (Dungun) dan Dato' Ahmad Shabery Cheek (Kemaman). Selain itu terdapat beberapa orang lagi Ahli Dewan Negara dari negeri ini termasuk Senator Dato' Abd Rahman Bakar dan Senator Dato' Abdul Rashid Ngah dari Umno.

Dalam kabinet sebelum ini, Terengganu diperuntukkan seorang menteri dan dua orang timbalan menteri, termasuk salah seorangnya senator. Dalam spekulasi yang bertiup kencang di negeri ini sebelum ini, dua orang dari Ahli Parlimen (MP) Terengganu akan dilantik sebagai timbalan menteri. Antara nama yang disebut-sebut ialah Dato' Mohd Jidin Shafee (Setiu) dan Dato' Mohd Nasir Ibrahim Fikri (Kuala Nerus). Rupa-rupanya andaian itu meleset sama sekali.

Kita pun tidak faham apakah pertimbangan yang dibuat oleh Perdana Menteri dalam menentukan kouta negeri dalam memilih anggotai kabinetnya. BN Kelantan yang hanya menang dua kerusi Parlimen sahaja, tetapi memperoleh peruntukan seorang menteri dan seorang timbalan menteri.

Ini jelas menunjukkan bahawa MP BN Terengganu tidak layak untuk menduduki kabinet sekarang. Atau mungkin Najib mempunyai pertimbangan atau perkiraan lain. Bagi orang Terengganu, mereka mungkin menganggap bahawa MP BN Terengganu 'dok rok cetong'.

Tiada ulasan: