PUSAT TARBIYAH KUALA NERUS

PUSAT TARBIYAH KUALA NERUS
Memohon derma dan sumbangan dari orang ramai untuk menyiapkan sebuah bangunan Pusat Tarbiyah

01 Mei 2009

Kelab Blogger Terengganu

Setelah dicetuskan sejak beberapa bulan lalu oleh beberapa orang rakan blogger, akhirnya ia menjadi kenyataan apabila satu perjumpaan telah berjaya diadakan yang membawa kepada satu persetujuan untuk menubuhkan sebuah kelab yang diberi nama Kelab Blogger Terengganu (Blogawan Terengganu).

Perjumpaan bersejarah itu telah diadakan malam tadi di satu lokasi di Kuala Terengganu. Ia dihadiri oleh 21 orang blogger yang terdiri daripada 16 lelaki dan 5 wanita.

Majlis yang dipengerusikan oleh Amdang81 telah merumuskan beberapa perkara. Antara yang penting ialah mengemukakan permohonan pendaftaran dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia untuk bergerak sebagai sebuah badan yang sah di sisi undang-undang.

Persetujuan juga diambil untuk mewujudkan sebuah blog rasmi bagi kelab ini serta melantik pengendali yang bertanggungjawab mengenainya.

Sebuah jawatankuasa penaja juga berjaya dibentuk dengan diketuai oleh Amdang81 dan cikgufauzi sebagai setiausaha serta 10 orang ahli jawatankuasa lain. Turut dilantik ialah ibnugharib sebagai penasihat.

Pihak jawatankuasa penaja mengalu-alukan penyertaan dari semua blogger yang berasal dari negeri Terengganu atau yang tinggal di negeri ini sebagai ahli kelab ini.

Semoga langkah awal yang diambil ini akan membawa satu kejayaan yang lebih besar pada masa akan datang, insya' Allah.

2 ulasan:

adi berkata...

assalamualaikum ustaz,
saya dah siapkan mailing-list .. dan dan pun invinte semua orang melalui email..

sila periksa email ustaz..

sekian harap maklum

jazakallah.

Ibni Gharib berkata...

Terima kasih. Jazakallah.