PUSAT TARBIYAH KUALA NERUS

PUSAT TARBIYAH KUALA NERUS
Memohon derma dan sumbangan dari orang ramai untuk menyiapkan sebuah bangunan Pusat Tarbiyah

06 Mei 2009

Kuala Nerus calonkan Presiden, Timbalan kekal



KUALA NERUS: Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dan Ustaz Nasharudin Mat Isa dicalonkan oleh PAS Kawasan Kuala Nerus untuk mengekalkan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden PAS dalam Muktamar Tahunan PAS Ke-55 awal bulan hadapan.

Keputusan itu dicapai dalam Mesyuarat Jawatankuasa Harian PAS Kawasan setelah mendapat mandat dari Jawatankuasa PAS Kawasan dan Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan.

PAS Kawasan Kuala Nerus juga turut mencalonkan Haji Mohamad Sabu, Dato' Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin dan Ustaz Nik Mohd Amar Nik Abdullah sebagai Naib-Naib Presiden.

Mengenai perwakilan ke muktamar tersebut, PAS Kawasan akan menghantar enam orang wakil yang terdiri daripada Yang Dipertua, Timbalan Yang Dipertua, Naib Yang Dipertua, Setiausaha, Bendahari dan Ketua Penerangan.

2 ulasan:

Sahabat Lama berkata...

Salam Ustaz Ya,
Tahniah sekali lagi untuk Pas Kuala Nerus dengan percalonan Presiden dan timbalan Presiden.

Begitu juga dengan calon Naib Presiden, langkah mencalonkan Nik Amar merupakan langkah terkepan.Mengekalkan Hj Mohamad Sabu dilihat langkah yang amat wajar.Cuma bila mencalonkan Nizar nampak sedikit kecacatan.Sebagai sebuah kawasan yang mempunyai kepimpinan yang matang( saya kira) Kuala Nerus sangat tidak wajar berbuat demikian.Mencalonkan beliau hanyalah mengikut arus.Gelombang yang datang dengan arus bukanlah gelombang yang kekal.Sepatutnya Nizar hanya dicalonkan untuk AJK pusat sahaja.Kita sepatutnya belajar macamana keghairahan kita seketika dulu mengangkat dato' hasan Ali sebagai Naib Presiden, kita letak kan aharapan yang tinggi kepada beliau...hakikatnya Ustaz lebih tahu bukan.
Saya nampak langkah mencalonkan Nizar seolah-seolah kita berfikiran cara cawangan. Apabila ada perwakilan yang bercakap banyak dalam mesyuarat agong maka orang itulah yang diangkat menjadi pemimpin, ini lah tahap pemikiran kepimpinan Kuala Nerus.Saya menjangka kan Kuala Nerus akan mencalonkan Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man .Namun segalanya sudah selesai.Sedih saya dengan fenomena mencalonkan Nizar, kesian dia, akhirnya nanti beliau akan jatuh "berdebok" Sejarah juga telah membuktikan bahawa pimpinan yang naik selangkah demi selangkah akan istiqamah dan komited dengan Jamaah, tidak perlu pergi jauh lihatlah Sdr Zakaria bin Dagang.
Maafkan saya dengan pandangan ini.
Bilalah Kuala Nerus untuk lebih maju.

Ibnu Gharib berkata...

Terima kasih atas pandangan ikhlas yang Sahabat Lama berikan itu. Saya tetap menghormati pandangan itu. Keputusan pencalonan itu bukan dibuat oleh individu, tetapi keputusan syura di peringkat Kawasan. Ia dibuat atas pertimbangan yang masak berasaskan perkara-perkara tertentu. Mungkin pandangan kita berbeza dengan Sahabat Lama, apa yang kita lihat mungkin tidak dilihat oleh Sahabat Lama, sebagaimana apa yang Sahabat Lama lihat kita mungkin tidak terlihat. Kita mencalonkan Nizar bukan bererti kita tidak bersetuju dengan calon-calon lain, apatah lagi Dato' Tuan Ibrahim, tetapi kita ingin melihat satu kelompok yang ramai yang merupakan tokoh yang boleh kita tonjolkan untuk dipilih yang terbaik oleh perwakilan bagi menerajui PAS. Apa-apa pun, terima kasih sekali lagi kepada Sahabat Lama. Cuma sayangnya saya tidak dapat 'mengenalpasti' yang mana satu saudara ini? Maaf ye!!!